ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  TIPS PENTING BAGI JEMAAH HAJI UNTUK KEKAL BERHUBUNG DENGAN KELUARGA TERSAYANG TANPA RISAU BIL TELEFON TINGGI

Tuesday 08/08/2017



CYBERJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Pengguna perlu memahami penggunaan telefon pintar walaupun berada jauh dari tanah air untuk terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan agar bil bayaran telefon tidak melambung tinggi. Musim haji telah tiba dan pada tahun ini melibatkan sejumlah 30,200 jemaah haji Malaysia yang akan ke Tanah Suci. Menyedari jemaah haji juga merupakan antara pengguna telekomunikasi, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkongsi beberapa tips perayauan antarabangsa yang boleh dijadikan panduan oleh jemaah haji semasa berada di sana.

Dengan adanya perkhidmatan perayauan antarabangsa yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan, pengguna boleh membuat panggilan ke Malaysia, menghantar berita terkini melalui aplikasi mesej segera seperti WhatsApp dan mengetahui berita terkini melalui media sosial dengan mudah walaupun berada di luar negara. Namun, pengguna perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu jumlah caj penggunaan yang dikenakan ketika berada di luar negara. Pengguna juga boleh mendapatkan alternatif lain yang boleh digunakan agar pengguna dapat mengawal perbelanjaan semasa menggunakan perkhidmatan tersebut.

Berikut adalah tip CFM buat pengguna tentang penggunaan perkhidmatan telekomunikasi ketika berada di luar negara bagi mengelak daripada menerima kejutan bil telefon apabila pulang ke tanah air:

Table

Menurut Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid, perkongsian tips ini adalah untuk memberikan pengguna maklumat yang tepat selain dapat terus berhubung dengan orang tersayang walaupun berada di Tanah Suci tanpa dikenakan caj berlebihan.

“CFM menyarankan pengguna terutama bagi jemaah haji yang akan berada lama di Tanah Suci agar tahu langkah-langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa berada di luar negara untuk menggunakan perkhidmatan telekomunikasi. Perkara ini amat penting kerana pengguna yang akan bertanggungjawab ke atas semua caj yang dikenakan ke atas mereka ketika berada di luar negara kerana ia bukan sahaja melibatkan perkhidmatan dari penyedia perkhidmatan mereka di Malaysia tetapi rakan perayauan antarabangsa di negara yang dilawati,” kata Megat Ishak.

Mengikut rekod CFM, terdapat peningkatan ketara setiap tahun bagi jumlah aduan mengenai perayauan antarabangsa. CFM telah menerima sebanyak 796 aduan mengenai caj panggilan suara dan data perayauan dari tahun 2012 sehingga Julai 2017.

Table

Tambah Megat Ishak, CFM akan sentiasa berusaha memastikan hak-hak pengguna terus dipelihara dengan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan dan menangani sebarang pelanggaran Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

GCC adalah satu kod amalan yang perlu dipatuhi semua Penyedia Perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia di Malaysia dengan objektif untuk menyediakan garis panduan dan amalan terbaik bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dan adil dapat diberikan kepada pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang isu yang tidak diselesaikan, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol CFM, 1-800-18-2222 atau emel ke aduan@cfm.org.my .

CFM mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada semua jemaah haji Malaysia dan semoga semua urusan ibadah dipermudahkan serta mendapat haji yang mabrur.

#HakAndaKeutamaanKami
#JadilahPenggunaYangBijak

SUMBER : Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Roharrashidah Abdul Halil
Tel : 017-896 1588 / 03 - 8320 9033
Emel : roharrashidah@cfm.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.