ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

Monday 07/08/2017



KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial. Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk “Analisa Bajet 2017” yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya.

Menurut rekod pihak kami, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM. Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna MCMC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk tindakan pihak berkuasa.

Semakan lanjut juga telah dibuat terhadap isi kandungan artikel tersebut dan ia dipercayai bersumberkan satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar milik sebuah parti politik. Pautan sumber asal artikel adalah seperti berikut:

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34806-gagal-urus-belanja-negara-rakyat-jadi-mangsa-gst-zalim

Artikel yang mempunyai isi kandungan yang hampir sama turut dimuatnaik pada beberapa platform media sosial yang lain seperti:

http://malaysianewsss.blogspot.my/2017/02/panas-pegawai-lhdn-dedah-hasil-negara.html
 
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.my/2017/03/panas-pegawai-lhdn-dedah-hasil-negara.html
 
https://ppbmtegar.blogspot.my/2017/03/pegawai-lhdn-dedah-hasil-negara-cukup.html
 
https://www.facebook.com/OtaiBERSIH/posts/806190722890796
 
http://babab.net/artikel/panas-pegawai-lhdn-dedah-hasil-negara-cukup-tetapi-moi-terlalu-boros.html
 
https://mylayar.com/Panas-Pegawai-Lhdn-Dedah-Hasil-Negara-Cukup-Tetapi-Moi-Terlalu-Boros
 
http://toknek.com/baca/Panaih-Pegawai-Lhdn-Dedah-Hasil-Negara-Cukup-Tapi-Najib-Terlalu-Boros.html
 
https://mobile.twitter.com/search?q=lhdn+dedah&s=typd&x=0&y=0
 
Justeru, LHDNM dengan ini sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM. LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat. 

LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar merujuk secara terus Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my, Portal Kementerian Kewangan Malaysia di www.treasury.gov.my dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan bagi mendapatkan analisa serta data-data ekonomi yang lebih tepat dan sahih. 
 
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.