ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  SWIFT BIOSCIENCES MENGUMUMKAN PENYESUAI BERINDEKS BAHARU YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI BAGI PENJUJUKAN JUMLAH SAMPEL YANG LEBIH BESAR DALAM SATU PROSES TUNGGAL

Friday 04/08/2017



Teknologi revolusi akan mempercepat penggunaan pemetaan gen, penemuan penanda bio, memprofil tumor, dan menganalisis biopsi cecair


ANN ARBOR, Mich., 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Swift Biosciences, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian persediaan perpustakaan yang berinovatif untuk penjujukan genomik, hari ini mengumumkan pelancaran Accel-NGS® 2S Penyesuai Berindeks, sebuah portfolio indeks baharu yang secara ketara meningkatkan penjujukan multipleks generasi akan datang pada platform Illumina®. Set indeks yang unik ini menyediakan set komersial terbesar yang sedia ada, indeks tunggal untuk aplikasi penjujukan genomik celusan tinggi, yang membolehkan pengguna untuk dengan pasti multipleks sehingga 96 sampel tunggal yang diindeks dan 768 sampel dwi indeks bagi setiap  proses. Teknologi terkemuka di dalam industri ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada makmal penyelidikan dan teras untuk mengumpulkan bilangan sampel yang lebih besar bagi setiap instrumen yang dijalankan, sekali gus membolehkan penjujukan yang lebih menjimatkan dan pada masa yang sama menyediakan ketepatan data yang lebih baik.

Penjujukan DNA multiplek adalah satu aliran kerja yang biasa di mana pelbagai sampel dilabelkan dan disatukan bersama menjadi satu proses untuk meningkatkan daya pemprosesan dan bagi mengurangkan kos penjujukan bagi setiap sampel. Penerbitan yang disemak oleh rakan telah menunjukkan indeks komersial lain yang tersedia dipengaruhi oleh kesilapan multipleks, yang dipanggil "loncatan indeks" — menyalah urus tugasan bagi bacaan penjujukan kepada sampel yang salah. Di samping itu, teknologi penjujukan DNA multiplek yang lebih lama adalah terdedah kepada kesilapan penjujukan yang lain, yang menggabungkan kadar kesilapan salah urus tugasan. Ketika platform penjujukan meningkatan kapasiti, seperti platform terbaharu Illumina, NovaSeq™, keperluan untuk indeks ketat yang tinggi untuk membolehkan jumlah sampel yang lebih banyak dimultipleks berada dalam permintaan yang besar.

Penyelidik di Swift Biosciences berkata, Penyesuai Berindeks Accel-NGS 2S mereka adalah satu set terdiri daripada 96 indeks tunggal yang dioptimumkan untuk berfungsi dengan bergabung bersama penyesuai Illumina TruSeq® P5 bagi menyediakan sehingga 768 kombinasi dwi indeks yang unik. Indeks baharu ini dioptimumkan untuk memberikan fleksibiliti yang lebih besar bagi memproses antara 96 dan 768 sampel yang ditanda secara unik bagi setiap proses dan boleh menampung pelbagai projek dengan kedalaman penjujukan yang berbeza-beza. Di samping itu, reka bentuk unik itu menghilangkan kelemahan dan loncatan indeks, satu isu yang khusus bagi sel-sel aliran corak Illumina. Peningkatan ini memberikan sensitiviti yang lebih besar untuk mengesan variasi frekuensi rendah serta fideliti yang lebih besar untuk mempercepatkan pemultipleksan semasa menganalisis data.

"Matlamat kami di Swift adalah untuk membolehkan saintis menghasilkan data yang berkualiti paling tinggi dari mana-mana jenis sampel, membiarkan mereka mencapai sempadan sains mereka," kata Timothy Harkins, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Swift Biosciences. "Penyesuai Berindeks Accel-NGS 2S baharu kami menutup jurang daya pemprosesan dan kos pada platform Illumina, dan apabila digabungkan dengan teknologi Accel-NGS 2S, semua jenis makmal penjujukan menjana data yang berkualiti lebih tinggi dalam satu cara yang lebih menjimatkan kos."

Pesanan Komersial yang Pertama

Penyesuai Berindeks Accel-NGS 2S yang baharu boleh didapati secara komersial sekarang. Pesanan komersial yang pertama dihantar ke Shanghai Nanodigmbio Biotechnology Co. LTD, sebuah rakan saluran pengedaran bagi portfolio produk Swift di China. Shanghai Nanodigmbio Biotechnology adalah satu daripada pasaran penjujukan yang paling pesat berkembang dan sebuah peneraju penting di dalam penyelidikan genomik dan penyakit. Pada tahun 2016, China melancarkan "Rancangan Lima Tahun" dengan satu tumpuan strategik terhadap ubat ketepatan, satu bidang tumpuan genomik yang pesat berkembang yang akan membimbing perkembangan diagnostik dan terapeutik masa depan.

"Penyesuai berindeks Swift yang baharu memberikan kelebihan utama kepada para penyelidik yang menjalankan penjujukan pengayaan sasaran," kata Chance Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Nanodigmbio Biotechnology Company. "Kini, para penyelidik dapat memaksimumkan jumlah perolehan exome untuk meneliti dengan pantas sampel yang lebih besar dalam satu cara yang lebih menjimatkan kos."

Hubungi
Lambert, Edwards & Associates
Darby Wagner, (616) 258-5779
dwagner@lambert-edwards.com

Sumber: Swift Biosciences

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170803006256/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.