ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  MADISON REALTY CAPITAL MENYEDIAKAN $300.0 JUTA PINJAMAN PEMBINAAN BAGI PEMBANGUNAN KONDOMINIUM MEWAH MILIK CERUZZI PROPERTIES DI 138 EAST 50TH STREET

Friday 04/08/2017



Ceruzzi pada masa ini Membina Menara Kediaman dan Kedai setinggi 72 Tingkat yang Direka oleh Pelli Clarke Pelli Architects; MRC Menyampaikan Pemodalan Hutang Penuh untuk Menyiapkan Projek


NEW YORK, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ceruzzi Properties (Ceruzzi) dan Madison Realty Capital (MRC) mengumumkan pemeteraian sebuah pinjaman pembinaan $300 juta untuk menyiapkan sebuah pembangunan bercampur utama di 138 East 50th Street di kawasan Midtown East Manhattan. MRC, sebuah firma pelaburan hartanah yang disokong institusi yang memberi tumpuan kepada ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan, menyediakan pinjaman bagi projek itu, di mana Ceruzzi sedang membangunkannya dengan kerjasama SMI USA (SMI). Pembangunan itu terdiri daripada menara setinggi 803 kaki, 72 tingkat, dengan muka bangunan direka bentuk oleh Pelli Clarke Pelli Architects, yang mengandungi 124 unit kondominium kediaman mewah, 7,500 kaki persegi ruang kedai pada dan di bawah gred, dan 25 ruang garaj letak kereta.

"Madison Realty Capital begitu mudah dan menyeronokkan untuk melengkapkan urus niaga ini," kata Lou Ceruzzi, Pengasas dan Presiden bagi Ceruzzi Properties. "Pelaksanaan perjanjian itu berjalan mudah, cekap, dan lancar. Kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan perhubungan kami dengan MRC dan urus niaga tambahan kerana kami melihat ke arah masa hadapan."

"MRC adalah rakan pinjaman yang ideal untuk pembangunan berprofil tinggi ini, yang melengkapkan pasukan projek yang berkualiti yang telah kami kumpulkan," kata Tom Tao, Presiden SMI.

"Urus niaga ini menyerlahkan status MRC sebagai satu daripada penyedia penyelesaian pembiayaan sumber tunggal yang sangat sedikit bagi penaja peringkat tinggi seperti Ceruzzi Properties dan rakan kongsi mereka," kata Josh Zegen, Pengasas Bersama dan Prinsipal Urusan di MRC. "Pada masa apabila banyak pemaju perlu menarik pelbagai sumber modal untuk membolehkan urus niaga itu dilaksanakan, kami menawarkan perbelanjaan sehenti dan satu proses yang lebih cekap. Itu adalah anjuran yang menarik bagi kebanyakan pelanggan kami, dan untuk alasan itu kami sering dicari sebagai sebuah rakan pinjaman."

Pembinaan sedang pesat berjalan di tapak itu dan superstruktur konkrit telah sampai ke tingkat 40, dengan puncak paling tinggi dijangka dicapai pada November ini. Kondominium tersebut dijadualkan siap pada akhir tahun 2018. Pelli Clarke Pelli Architects telah mereka bentuk muka bangunan, dan SLCE Architects adalah arkitek rekod iaitu arkitek di mana namanya terdapat pada permit bangunan yang dikeluarkan untuk projek berkenaan. AECOM Tishman bertindak sebagai kontraktor am.

Ceruzzi Properties merancang untuk menawarkan gabungan unit yang efisien yang terdiri daripada satu hingga lima bilik tidur, yang mencakupi dari 777 kaki persegi hingga 5,388 kaki persegi, dengan sejumlah kira-kira 200,000 kaki persegi boleh dijual. Reka bentuk dalaman oleh Champalimaud akan menjadi satu elemen bagi keseluruhan persekitaran mewah hartanah itu. Bangunan itu akan merangkumi kemudahan mewah termasuk sebuah kolam renang dalaman dan spa, pusat kecergasan, dan kawasan bekerja yang dikongsi.

Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)

MRC adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York yang mengusahakan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur dalam kira-kira $6.0 bilion urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga, runcit, pejabat, perindustrian dan perhotelan.

Maklumat mengenai Ceruzzi Holdings LLC

Ceruzzi Holdings LLC adalah sebuah syarikat perkhidmatan penuh yang berpangkalan di Bandar Raya New York, yang membangun, memperoleh dan mengendalikan sebuah portfolio kepelbagaian yang sebahagian besarnya terdiri daripada hartanah. Ceruzzi memanfaatkan rekod perkhidmatannya selama lebih 25 tahun dalam urusan pengambilalihan, pembangunan dan penstrukturan untuk mewujudkan peluang-peluang yang unik yang memberikan pulangan yang lebih besar. Projek Ceruzzi yang terkini di Bandar Raya New York termasuk pengambilalihan kedudukan majoriti tanah di bawah Bangunan Lipstick dan tapak pembangunan yang terletak di 520 Fifth Avenue. Profesional hartanah di syarikat itu mengkhususkan diri di dalam pelbagai disiplin, termasuk pembinaan, kelayakan, pajakan, pemasaran, pengurusan, dan kewangan.

Hubungi
Pertanyaan media, hubungi
Great Ink Communications: 212-741-2977
Tom Nolan – tom@greatink.com
Eric Waters – eric.waters@greatink.com

Sumber: Madison Realty Capital

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170803005111/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.