ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​"AIR JERNIH DAN GUNUNG YANG SUBUR ADALAH ASET YANG TIDAK TERNILAI" ADALAH MATLAMAT MUTLAK KITA: WANG WENBIAO

Thursday 03/08/2017



AsiaNet 69552

BEIJING, China, 3 Ogos, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Forum Gurun Antarabangsa Kubuqi yang keenam berakhir pada 30 Julai. Berikut adalah teks penuh ucapan penutupan oleh Wang Wenbiao, setiausaha bagi forum dan pengerusi lembaga bagi Kumpulan Elion Resources.

Forum Gurun Antarabangsa Kubuqi yang keenam adalah satu peristiwa penting yang menghubungkan masa lampau dan masa hadapan dan adalah satu pertemuan yang bersejarah di dalam kemajuan manusia dalam kawalan penggurunan.

Satu perkara yang menyentuh perasaan adalah bahawa Presiden Xi Jinping telah mengutus sepucuk surat ucapan tahniah kepada kita, yang mengakui pencapaian China di dalam kawalan penggurunan dan membina sebuah Belt and Road yang hijau. Beliau juga menggalakkan rakyat China dan pejuang penggurunan global untuk membuat sumbangan baharu. Presiden Xi mengiktiraf amalan-amalan Kubuqi yang berjaya di dalam kemajuan ekologi dan mencadangkan keperluan, matlamat dan misi baharu untuk kawalan penggurunan di China dan di seluruh dunia.

Kita perlu memperincikan kandungan surat itu dan memberi respons kepada gesaan Presiden Xi. Dengan mengambil kira harapan beliau, kita harus menjadikan "air yang jernih dan pergunungan yang subur sebagai aset yang tidak ternilai" sebagai usaha kita yang berkekalan. Kami akan tetap komited kepada misi kami, bekerja keras dan terus melangkah maju untuk menjadikan Gurun Kubuqi dan gurun-gurun di tempat lain di seluruh dunia lebih hijau dan menjadikan penduduk tempatan lebih kaya.

Ini adalah satu forum yang produktif.

Pertama sekali, Presiden Xi mengakui peranan dan pengaruh Forum Gurun Kubuqi yang telah diadakan selama 10 tahun. Beliau menjelaskan arah haluan, misi dan matlamat untuk kawalan penggurunan di China dan di tempat lain di seluruh dunia serta menganjurkan forum itu dengan lebih baik.

Naib Perdana Menteri China Ma Kai mencadangkan falsafah pembangunan bagi kawalan penggurunan yang merangkumi mencari keharmonian di antara alam dan manusia dan mengikuti hukum alam. Beliau juga mencadangkan prospek dan matlamat baharu untuk kerjasama antarabangsa di dalam membina sebuah Belt and Road yang hijau, yang sangat memberi inspirasi.

Orang kenamaan asing dan tetamu dalam negara dan luar negara telah mengadakan dialog dan pertukaran pendapat mengenai menghijaukan Belt and Road dan berkongsi eko-ekonomi gurun dari pelbagai aspek termasuk kerjasama teknologi ekologi, kerjasama ekonomi hijau, pengurusan penggurunan dan pembasmian kemiskinan, inovasi kewangan hijau dan bidang lain. Para hadirin mencapai banyak persetujuan dan kebijaksanaan yang berwawasan, yang menawarkan idea dan penyelesaian baharu bagi manusia sejagat untuk mencabar penggurunan.

Peserta menawarkan banyak pandangan mengenai penggalakan model Kubuqi bagi membolehkan pengalaman Kubuqi yang berjaya untuk menyumbangkan lebih banyak kebijaksanaan dan kekuatan dalam menghijaukan Belt and Road dan mengawal penggurunan global.

Banyak persetujuan telah dicapai selepas tiga hari mengikuti lawatan lapangan dan mesyuarat, yang bukan sahaja menawarkan nasihat yang membina untuk mengawal penggurunan global, tetapi juga menyediakan teori dan sokongan penyelidikan yang penting kepada Perhimpunan Agung ke-13 bagi Pihak-pihak yang mengikat Kontrak dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Memerangi Penggurunan.

Ini adalah ulang tahun ke-10 Forum Gurun Kubuqi. Dalam tradisi Cina, harus ada perayaan pada setiap ulang tahun kesepuluh. Kami tidak mengadakan sambutan perayaan itu, tetapi menggunakan perbincangan yang berguna untuk menandakan ulang tahun itu. Forum itu telah berakhir, tetapi saya berharap anda boleh menetap lebih lama di Kubuqi untuk bersiar-siar dan melihat kejernihan air dan pergunungan yang subur itu, yang merupakan aset yang tidak ternilai. Saya percaya bahawa anda akan mendapati aspek-aspek yang lebih menarik, menyentuh perasaan dan hebat mengenai kawasan wahah atau oasis ini.
 
Sumber: Kumpulan Elion Resources
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.