ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS : UPSI TUAN RUMAH SUKUM 2017

Friday 21/07/2017



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat pertama kalinya akan menjadi tuan rumah Sukan Staf Universiti Malaysia Kali Ke-42 pada 29 Julai hingga 5 Ogos 2017 ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir.
 
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, sebanyak 1442 pingat bakal diraih oleh 21 buah universiti awam antaranya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.
 
“Sebanyak 21 acara sukan dipertandingkan termasuk boling, petanque, catur, memanah, golf, dart berpasukan terbuka, sepak takraw, kayak, perahu panjang dan berbasikal akan diadakan melibatkan beberapa tempat perlawanan iaitu di UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Kampus Sultan Azlan Shah, Kelab Golf Lembah Beringin, Tasik Embayu Proton City dan Ampang Superbowl, Ipoh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Madya Dr. Md Amin bin Md Taff berkata, pada kejohanan kali ini UPSI akan menurunkan seramai 303 orang atlit.

“Jumlah atlet, jurulatih dan pengurus yang didaftarkan ialah seramai 305 orang. 206 daripadanya terdiri daripada kakitangan sokongan dan pelaksana, 30 orang lagi daripada kumpulan Pegawai, 58 orang dari kalangan kakitangan akademik/ pensyarah dan selebihnya adalah kalangan jurulatih,”

Menurut beliau, pada tahun lepas, UPSI berada pada kedudukan ke-6 dan pada kejohanan kali ini UPSI mensasarkan kedudukan ke-4 dengan melipatgandakan usaha bagi memberikan yang terbaik kepada UPSI.

UNIT MEDIA DAN PENERBITAN KORPORAT
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SUMBER : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Sajarutul Nor binti Kasim

Tel : 012-943 3729
Emel :  
 sajarutul@upsi.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.