ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  EEC MEMPERKENALKAN ALAT ANALISIS KESELAMATAN MODUL 4-DALAM-1 FOTOVOLTAN (PV) YANG PERTAMA DI DUNIA: PENYELESAIAN EMPAT DALAM SATU UNTUK MENUKAR KEGELAPAN RELATIF PENGOPTIMUMAN KUASA

Wednesday 19/07/2017



TAIPEI, Taiwan, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronic Co. (EEC) hari ini mengumumkan pelancaran siri EPV-500 di seluruh dunia, alat analisis keselamatan modul empat dalam satu fotovoltan (PV) yang pertama di dunia. EPV-500 itu menawarkan satu penyelesaian pengujian automatik satu langkah yang lengkap untuk melaksanakan ketahanan DC, ikatan darat DC, rintangan penebat, dan degradasi teraruh yang berpotensi (PID) bersama-sama di dalam satu unit tunggal, yang memberikan kecekapan, prestasi dan kebolehpercayaan yang lebih baik untuk pengujian panel PV di dalam kedua-dua persekitaran makmal dan pembuatan.

"Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga yang lebih hijau, pengeluar PV sentiasa mencari-cari bagi sebuah mesin yang boleh melakukan pelbagai fungsi ujian pada panel solar, dan kini EEC memperkenalkan alat analisis keselamatan empat dalam satu yang pertama di dunia untuk mengoptimumkan kecekapan operasi," kata Pengurus Besar EEC Brian Chen. "Kami berusaha untuk memberi pelanggan kami dengan penyelesaian untuk menukar kegelapan relatif yang terbaik serta ciri-ciri cemerlang yang memenuhi kesemua piawaian dan peraturan PV yang terkini."

Prestasi, Keselamatan dan Pengembangan

Mengikuti trend pasaran semasa di dalam struktur voltan sistem panel solar yang menyampaikan sehingga 1,500 Vdc, siri EPV-500 itu boleh melakukan ujian Hipot yang mengeluarkan pada 8,000 Vdc untuk memenuhi peraturan keselamatan yang diperlukan bagi tatasusunan voltan yang besar. Direka dengan negatif maksimum 2,000 Vdc voltan output yang memenuhi peraturan pengujian PID, dan selanjutnya memastikan keselamatan pengguna apabila hanya meninggalkan terminal kuasa dicaj dengan menggunakan kuasa elektrik.

Siri EPV-500 itu menyediakan antara muka sambungan berganda untuk pengembangan dan keserasian dengan sistem sedia ada, termasuk PLC, USB, RS-232, GPIB, dan Ethernet, yang membolehkan pengurusan operasi jarak jauh melalui sebuah komputer berpusat. 

Operasi yang Mudah untuk Digunakan

Satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada kecekapan pembuatan adalah kelancaran kendalian pengguna. Siri EPV-500 menyediakan sebuah skrin sentuh warna 4.3 inci dan dengan antara muka sistem yang intuitif yang membolehkan pengguna untuk membuat kawalan penuh. Memori sistem yang mencukupi membolehkan penyimpanan sehingga 2,000 set bagi keadaan ujian, satu ciri yang luar biasa untuk menyimpan dan mengingatkan semula data semasa pengurusan makmal atau pengeluaran. Di samping itu, ciri pengurusan akaun yang ketat menetapkan pelbagai tahap bagi kuasa pengguna untuk operasi yang selamat, jelas dan mudah.
Layari: http://global.eecgroup.com.tw/EPV-500/ 

Maklumat mengenai Extech Electronics Co.

Selama hampir 40 tahun, Extech Electronics Co. (EEC) telah menghasilkan alat penguji keselamatan elektrik dan sumber kuasa AC yang canggih bagi pelbagai industri. Kami berusaha untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan kami dengan secara konsisten menawarkan produk, perkhidmatan yang boleh diharapkan, dan sokongan yang boleh dipercayai bagi kesemua aplikasi ujian. Untuk maklumat lanjut sila layari http://global.eecgroup.com.tw/  

Hubungi
Extech Electronics Co.
Sasha Wang, +886-2-21653066 #2201
Jason Hung, +886-2-21653066 #2217
marketing@eecgroup.com.tw
 
Sumber: Extech Electronics Co.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20170718005579/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.