ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LEBIH 20 PENERAJU ATAS TALIAN & RUNCIT DITAMPILKAN DI PERSIDANGAN RUNCIT 2017 UNTUK MEMARTABATKAN HAB DIGITAL EKONOMI GLOBAL BARU

Thursday 13/07/2017



KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) mengadakan upacara perasmian dan majlis penutupan Persidangan Runcit MRCA 2017 pada 12 Julai 2017 di Ballroom Gardens, The Gardens Hotel, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, merasmikan majlis penutupan.

Bertemakan Retail Innovation: The Future is Now, MRCA telah membuktikan dedikasinya dalam memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan transformasi ekonomi utama menerusi Inisiatif Runcit Digital (DRI). Persidangan ini memberikan banyak pengetahuan kepada peserta mengenai Peralihan Perundingan Runcit, Disruptive Technology, Ekonomi Digital, Digital Free Trade Zone (DFTZ), dan dalam memahami Gen Y. Ini adalah selaras dengan aspirasi Perdana Menteri untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-perdagangan merentas sempadan untuk IKS.

YB Dato Sri Mustapa berkata; "Persidangan ini merupakan salah satu inisiatif pertama yang akan diterajui dan dilaksanakan oleh MRCA melalui initiatif Nexus Produktiviti untuk Runcit & F&B yang diketuai oleh industri sektor swasta. Nexus juga terdiri daripada persatuan seperti Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Pertubuhan Runcit Bumiputera (BRO), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan lain-lain, dengan kerjasama kerajaan.” 

Dengan pimpinan Dato' Garry Chua, persidangan tersebut dijayakan dengan barisan penceramah yang mengagumkan termasuk tokoh-tokoh terkemuka seperti Dato' Sri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Dato' Yasmin Mahmood, Ketua Eksekutif Pegawai Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Dato' Seri Ivan Teh, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan ADV Fusionex. Di samping itu, sesi-sesi panel yang diadakan menampilkan tokoh-tokoh tersohor seperti Paul Ritchie, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Bryan Loo, Pengasas Tealive, Naoaki Mashita, Pengasas V-cube, dan ramai lagi. 

Dato’ Bruce Lim, Pengerusi Persidangan Runcit 2017, berkata, "Kami amat beruntung kerana mendapat pendedahan dan kerjasama dari jenama-jenama terkenal dan minda-minda tersohor dari seluruh dunia. Terdapat beberapa aspek utama yang dapat dicontohi daripada tokoh-tokoh yang telah berjaya di dalam transformasi dan ekonomi digital. Tidak kira sama ada anda pengusaha syarikat baru yang mencari inspirasi untuk mengembangkan perniagaan anda, memperkenalkan jenama antarabangsa ke pasaran tempatan kami, atau pelajar yang masih dalam proses pembelajaran, pasti ada sesuatu yang anda boleh manfaatkan."

Semasa upacara penutup dijalankan, YB Datuk Seri IR. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, "Kerajaan mengiktiraf kepentingan industri runcit sebagai salah satu penjana utama ekonomi negara. Ia adalah penyumbang utama kepada GDP dengan jangkaan rangsangan sebanyak RM156 bilion dan menyediakan hampir satu juta tenaga kerja dengan pembukaan peluang kerja sebanyak 454,190 pekerjaan baru menjelang 2020. Dengan sokongan kerajaan, negara kita akan dapat mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi serta TN50."

Persidangan Runcit ini menarik lebih dari 500 peserta dan memaparkan empat sesi panel yang menarik: Digital Transformers – Innovation in Engagement, Wholesale Shakers, Digital Transformers – Monetizing Fulfilment, and Young & Bold Movers. Sesi-sesi ini mengetengahkan perbincangan tentang sektor runcit serta mendidik para peserta dengan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi era digital.

Persidangan Runcit MRCA 2017 diadakan sempena Pameran Francais & Perlesenan Runcit Antarabangsa Malaysia (MIRF) 2017 yang akan bermula esok. MIRF 2017 dijangka akan menarik lebih daripada 500 peserta. Persidangan ini adalah anjuran bersama dengan Nexus Runcit dan Produktiviti F&B daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia, serta dengan sokongan hebat daripada panaja – HRDF Malaysia, Fusionex, Mpay, dan Mdec seiringian dengan Penaung Korporat MRCA – Maxis, Maybank, Fusionex dan Mastercard. 

Klik sini untuk maklumat lanjut : https://drive.google.com/open?id=0B6OTrI2x3cxHMEJZUGJlZXRHRGM

Tentang Malaysia Retail Chain Association 

Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) telah ditubuhkan pada 1992, sebagai pertubuhan untuk rantaian peruncit-peruncit dan pemilik francais dengan usaha untuk membangunkan persekitaran runcit dan francais di Malaysia dan luar negara. Hari ini, MRCA telah berkembang sebagai sebuah pertubuhan yang berpengaruh dengan lebih 380 rangkaian runcit dan francais, termasuklah jenama tersohor. 

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

FOR MORE INFORMATION, PLEASE CONTACT: 
Nama : Samentha James
PR & Communications Executive at Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 518 7186
Emel : samentha.james@gcma.tv

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.