ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN BUDDHA ANTARABANGSA MENGALU-ALUKAN PERJANJIAN MELARANG SENJATA NUKLEAR

Tuesday 11/07/2017



AsiaNet 69248

TOKYO, 10 Julai, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Penerimaan Perjanjian mengenai Larangan Senjata Nuklear di Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada 7 Julai dipuji sebagai satu langkah bersejarah untuk manusia sejagat oleh persatuan Buddha Soka Gakkai International (SGI). 

Perjanjian itu, yang menyusun peruntukan terperinci yang menetapkan satu larangan komprehensif berhubung pembangunan, pengeluaran, pemilikan, menyimpanan, pengujian, penggunaan atau ancaman untuk menggunakan senjata nuklear, adalah hasil rundingan intensif di PBB yang melibatkan lebih 120 buah kerajaan dan banyak wakil masyarakat madani. 

Kimiaki Kawai, Pengarah SGI bagi Keamanan dan Hak Asasi Manusia, berada di New York untuk mengambil bahagian di dalam sesi terakhir rundingan, di mana beliau menyatakan bahawa kewujudan berterusan senjata nuklear mengancam maruah manusia. Beliau mengulas, "Penerimaan perjanjian ini terasa seperti satu langkah ke hadapan yang begitu penting. Walaupun jika negara-negara yang mempunyai senjata nuklear dan kebanyakan negara yang bergantung kepada senjata nuklear tidak mengambil bahagian, norma moral telah dinyatakan dengan jelas, dengan kehendak masyarakat dunia bersatu di belakangnya. Senjata nuklear yang dimiliki oleh sesiapapun adalah salah." 

SGI telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di atas nama Hirotsugu Terasaki, Ketua Pengarah bagi Keamanan dan Isu-isu Global, yang mengalu-alukan penerimaan perjanjian itu. Ia berbunyi: "Kewujudan senjata nuklear adalah ancaman terbesar kepada hak untuk hidup bagi kedua-dua individu dan manusia sejagat secara keseluruhan. Oleh sebab ini, penghapusan mereka secara total adalah satu keinginan yang dikongsi oleh semua orang. "Lihat: http://www.sgi.org/resources/ngo-resources/peace-disarmament/ptnw-statement-july-2017.html
 
Pertubuhan masyarakat sivil lain yang aktif selama bertahun-tahun dalam mengejar sebuah dunia yang bebas daripada senjata nuklear juga memuji perkembangan yang begitu lama ditunggu-tunggu ini. Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN), yang menyaksikan SGI menjalin kerjasama selama bertahun-tahun, dan Faith Communities Concerned about Nuclear Weapons (organisasi dan orang perseorangan daripada pelbagai tradisi kepercayaan termasuk SGI, PAX, dan WCC) juga telah mengeluarkan kenyataan untuk melahirkan sokongan. Lihat Kenyataan Faith Communities di http://www.sgi.org/resources/ngo-resources/peace-disarmament/ptnw-joint-statement-july-2017.html

SGI komited untuk meneruskan usaha mereka dalam pendidikan perlucutan senjata, termasuk pameran meningkatkan kesedaran untuk menunjukkan kesan negatif senjata nuklear ke atas kemanusiaan, alam sekitar dan hak asasi manusia, dan penerbitan kenyataan bertulis secara langsung dari mangsa bom atom Hiroshima dan Nagasaki (hibakusha).

Tahun ini menandakan enam puluh tahun sejak permulaan aktiviti Soka Gakkai untuk menggalakkan pemansuhan senjata nuklear, apabila Josei Toda, presiden kedua pertubuhan itu, mengeluarkan satu Perisytiharan yang Menggesa untuk Penghapusan Nuklear Senjata pada September 1957. 

Selaras dengan keterangan Toda tentang senjata nuklear sebagai satu manifestasi daripada aspek paling gelap dari hati manusia, usaha pendidikan SGI tidak hanya tertumpu kepada mekanisme perlucutan senjata tetapi juga, sebagai penganut Buddha yang menggalakkan rasa hormat bagi maruah kehidupan manusia, mengenai keperluan untuk mengubah secara asas tentang cara kita berfikir.

Presiden SGI Daisaku Ikeda dalam tulisannya pada tahun 2009: "Jika kita hendak meletakkan era keganasan nuklear di belakang kita, kita mesti berjuang melawan 'musuh' sebenar. Musuh itu bukan senjata nuklear semata-mata, ataupun negara-negara yang memiliki atau membangunkannya. Musuh sebenar yang harus kita hadapi adalah cara berfikir yang menjustifikasikan penggunaan senjata nuklear; kesediaan untuk memusnahkan orang lain apabila mereka dilihat sebagai satu ancaman atau sebagai penghalang kepada pencapaian objektif kita." 

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah persatuan Buddha yang berasaskan komuniti dengan 12 juta ahli di seluruh dunia. Aktiviti mereka untuk menggalakkan keamanan, kebudayaan dan pendidikan adalah sebahagian daripada tradisi humanisme Buddha yang berpanjangan.

SUMBER: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
Faks: +81-3-5360-9885
E-mel: anderson[at]soka.jp 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.