ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  EKSPRES LOGISTIK PINTAR PERTAMA DILANCARKAN UNTUK MENGURANGKAN KOS DAN MENINGKATKAN KECEKAPAN BAGI SEKTOR LOGISTIK

Monday 10/07/2017



AsiaNet 69230

GUANGZHOU, China, 10 Julai, 2017 /Xinhua-AsinNet/-- 
 
Pada 7 Julai, Guangdong iBosst Ltd. melancarkan "ekspres logistik pintar pertama," sebuah projek yang dikhususkan untuk membina sebuah sistem rel kabel ekspres logistik pintar yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar di China, yang bertujuan untuk mencapai penghantaran barangan pada hari yang sama di seluruh negara dan penghantaran satu jam di kawasan bandar raya, dan separuh daripada kos itu melalui corak "rel kabel + robot ulang-alik". 

Pada masa ini, Guangzhou sedang giat membangunkan projek "IAB" mereka, iaitu, industri membangun strategik termasuk Teknologi Maklumat, Kecerdasan Buatan dan Bio-farmaseutikal, dengan pantas mengumpulkan faktor-faktor atasan seperti bakat, teknologi dan modal yang didorong oleh inovasi teknologi dan pembaharuan sudut penawaran. Dan "ekspres logistik pintar" (selepas ini dirujuk sebagai "ekspres pintar") iBosst adalah hanya merupakan sebuah contoh atau teladan yang unggul bagi trend ini. 

Pada Mei tahun ini, jarak 15km yang pertama bagi "ekspres pintar" itu telah disiapkan di Bandar Xin'an, Bandar Raya Huazhou, Wilayah Guangdong, dengan menyediakan satu penyelesaian perintis bagi inovasi sudut penawaran semasa untuk industri logistik. Berdasarkan kepada rel kabel statik beraltitud rendah, Ekspres itu membentuk sebuah "lebuh raya" di udara untuk membawa robot pengangkut tanpa pemandu yang dimuatkan dengan sejumlah kecil barangan dalam lingkungan 100 kilogram. Ia membolehkan robot itu bagi membuat pusingan dan memirau, membolehkannya untuk menyampaikan bungkusan ke destinasi mereka dengan pantas, dengan penggunaan tenaga yang rendah dan kos yang rendah. 

Inovasi teknologi adalah gen bagi kejayaan dan daya penggerak pesat untuk pembangunan pesat bagi sebuah perusahaan. Ma Yasheng, Pengerusi iBosst, menyatakan bahawa penyempurnaan "ekspres pintar" itu adalah satu proses berterusan yang mencabar "kemustahilan". 

Dengan trek tali dawai lembut yang dibangunkan dan satu siri teknologi pintar yang berinovasi, termasuk sistem pemanduan ulang-alik automatik robot dan kawalan digital automatik belakang pentas, Ekspres itu mencirikan 4 faktor - "fleksibiliti, ketepatan waktu, kelajuan pantas, kos rendah." Kos pembinaan semasa bagi ekspres logistik pintar itu adalah RMB150,000 bagi setiap kilomter, dan kurang daripada RMB100,000 bagi setiap kilometer selepas pengeluaran secara besar-besaran. 

Huan Yushan, bekas Naib Menteri Barangan dan Bahan dan bekas Naib Pengerusi bagi Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh China, percaya bahawa projek "ekspres pintar" itu telah menetapkan satu contoh yang berinovatif dan praktikal untuk transformasi, peningkatan dan penemuan di dalam pembangunan sektor logistik China dan projek itu boleh memacukan siri pelaburan inovasi di dalam penggudangan pintar, pembinaan infrastruktur, pengeluaran robot ulang-alik, dan lain-lain. 

Ma Yasheng, menyatakan bahawa selepas melancarkan "ekspres pintar" yang pertama itu, iBosst akan tanpa henti meningkatkan kelebihannya di dalam kos logistik, kecekapan, pengangkutan pintar, dan lain-lain, terus menggalakkan penggunaan trek baharu dan rangkaian logistik pintar di seluruh negara, dan memperluaskan perkhidmatan nilai tambah di dalam penggudangan, pembayaran, kewangan, data besar, dan lain-lain, agar dapat membina sebuah "platform bersepadu bagi ekspres logistik pintar", untuk mempercepatkan pembentukan sebuah sistem inovasi yang berorientasikan pasaran bagi sektor logistik, dan berkhidmat untuk pelanggan daripada pasaran global.
 
Sumber: Guangdong iBosst Ltd.
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=292741
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.