ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​ANGKASA MALAYSIA MEMILIH PERISIAN UNISYS UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN DAN MEMBUKA SALURAN BAHARU BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Tuesday 27/06/2017



AsiaNet 69078

KUALA LUMPUR , Malaysia, 27 Jun, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Penyelesaian Unisys mengukuhkan kedudukan ANGKASA sebagai pembekal utama bagi perkhidmatan kewangan untuk pergerakan koperasi Malaysia
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) (http://www.angkasa.coop/english/) telah memilih syarikat itu untuk menyediakan teknologi perisian Unisys ClearPath Forward(TM) (
http://www.unisys.com/offerings/technology-products-and-services/clearpath-forward-systems/brochure/the-unisys-clearpath-forward-eportal-for-mcp-and-os-2200-environments-id-544) yang membolehkan ANGKASA untuk menyampaikan dan memperluaskan perkhidmatan pembayaran untuk pengundinya dan pelanggan mereka.
 
ANGKASA adalah badan utama bagi pergerakan koperasi Malaysia yang mewakili 13,428 koperasi (organisasi sosial yang dimiliki dan diuruskan oleh anggotanya). Dalam peranan itu, ANGKASA menyediakan perkhidmatan potongan gaji untuk gaji pekerja, koperasi kredit, institusi kewangan dan organisasi perniagaan lain melalui satu saluran potongan yang cekap, sistematik dan selamat.
 
Sistem berkomputer membolehkan pejabat penggajian kerajaan atau majikan lain untuk secara berkesan dan cekap memproses potongan gaji bulanan, sambil membolehkan lebih daripada 3.5 juta anggota koperasi di seluruh negara membayar ansuran pinjaman mereka, polisi insurans, akaun pemegang amanah, kelab rekreasi keahlian dan yuran langganan kesatuan pekerja.
 
Penghantaran perkhidmatan potongan gaji dan pembayaran yang cekap, efisien dan pantas melalui penyelesaian perisian Unisys adalah kunci kepada strategi ANGKASA untuk pengekalan anggota dan kepuasan pelanggan.
 
ANGKASA Presiden Dato' Hj Abdul Fattah berkata, "Perkhidmatan potongan gaji ANGKASA adalah penting kepada organisasi dan ahli kami. Kami bergantung kepada kebolehpercayaan berdaya tinggi, skala dan keselamatan bagi platform operasi Unisys untuk menyampaikan sebuah perkhidmatan pembayaran yang cekap kepada ahli kami, dan ia menjadi pusat kepada strategi pemodenan infrastruktur IT kami. Di samping itu, peranti perisian Unisys ClearPath Forward adalah penting untuk mewujudkan saluran dalam talian yang baharu untuk penyampaian perkhidmatan kepada ahli koperasi kami."
 
ANGKASA akan menggunakan teknologi dan penyelesaian Unisys ClearPath Forward(TM) (
http://www.unisys.com/offerings/technology-products-and-services/clearpath-forward-systems) seperti Agile Business Suite (
http://www.unisys.com/offerings/technology-products-and-services/clearpath-forward-systems/newsrelease/unisys-adds-devops-features-to-ab-suite-app-development-software
) (AB Suite(R)), Enterprise Output Manager (
http://www.unisys.com/offerings/technology-products-and-services/clearpath-forward-systems/cross-platform-software/enterprise-output-manager)
dan ePortal (
http://www.unisys.com/offerings/technology-products-and-services/clearpath-forward-systems/brochure/the-unisys-clearpath-forward-eportal-for-mcp-and-os-2200-environments-id-544) untuk membangunkan saluran baharu bagi memberi khidmat kepada pelanggan melalui peranti web dan mudah alih dan menyampaikan ketersediaan berterusan untuk perkhidmatan potongan gaji. Menyediakan keselamatan yang tiada tandingan, persekitaran Unisys ClearPath Forward adalah satu-satunya di pasaran di mana data pengguna tidak pernah diperolehi secara paksa (http://assets.unisys.com/Documents/Global/Misc/NISTNationalVulnerabilityDatabase.pdf).[1]

Peningkatan infrastruktur IT merupakan satu bahagian penting di dalam transformasi digital ANGKASA bagi dua pusat data organisasi ke dalam kemudahan perisian yang jelas. Di bawah perjanjian itu, Unisys akan mewujudkan persekitaran pembangunan baharu dan pemulihan bencana, dan menggantikan proses sokongan manual dengan replikasi data automatik di antara tapak untuk mengurangkan masa pemulihan dengan ketara.
 
"Unisys membolehkan ANGKASA untuk mengekal dan mengembangkan pangkalan keahliannya dan menyediakan satu pengalaman pengguna yang optimum untuk pengguna dan pelanggan mereka," kata Richard Parker, naib presiden, perkhidmatan kewangan, Unisys Asia Pasifik. "Matlamat lazim kami adalah untuk mengukuhkan kedudukan ANGKASA sebagai pemimpin di dalam perkhidmatan koperasi sambil menyediakan sebuah platform yang selamat dan fleksibel yang boleh menyesuaikan diri dengan pantas kepada keperluan ahli dan pelanggan. Organisasi lain yang menyediakan perkhidmatan kewangan boleh mengikuti model itu untuk menyampaikan perkhidmatan yang sentiasa diperluaskan dan sentiasa ada untuk memperluaskan pelbagai peranti bagi suatu pengalaman pelanggan yang optimum."
 
[1] Berdasarkan kepada analisis Unisys mengenai insiden di Institut Kebangsaan Amerika Syarikat bagi Standard dan Teknologi Pangkalan Data Kerentanan Kebangsaan, 6 April 2017.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.unisys.com.my
     
Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (http://www.twitter.com/UnisysAPAC), LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
Hubungi:                 
Asia Pasifik: Claire Hosegood, Unisys Asia Pasifik, +61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com
 
NOMBOR SIARAN.: 0627/9516
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.