ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SEBUAH BANGUNAN PEJABAT YANG BERORIENTASI RAKYAT - MENARA SUNGAI PEARL: MASA DEPAN PENCAKAR LANGIT

Tuesday 27/06/2017



AsiaNet 69089

GUANGZHOU, China, 27 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --

Musim panas semakin hampir, dan bersamanya berlaku ribut petir dan cuaca panas di China Selatan. Rasa panas, melengas dan tidak selesa, orang ramai mudah menjadi kurang produktif. Pekerja kolar putih di Menara Sungai Pearl, sebuah bangunan pejabat Premium Gred A di kawasan teras Guangzhou CBD, bagaimanapun, tidak mempunyai sebarang masalah.
 
"Bahagian yang paling termaju dan berperikemanusiaan mengenai bangunan pejabat ini adalah udara dan suhu di sini yang diproses secara bijak dan ditetapkan secara automatik. Anda boleh menikmati suhu dan kelembapan yang selesa sepanjang tahun tanpa mengira cuaca lembap atau jerebu di luar sana," kata Jiang Junsheng, pengurus besar bagi Guangdong Golden Gecko Asset Management Co., Ltd. di tingkat 17 Menara Sungai Pearl. "Selain itu, dengan pencahayaan semula jadi dan udara segar, saya selalu merasakan seperti berada di sebuah padang yang terang dan terbuka apabila saya kembali ke pejabat."
 
Ya, bangunan pejabat Kelas Super A ini, yang terkenal dengan kehijauan dan penjimatan tenaga, mempunyai sebuah sistem pendingin udara yang cerdas dan hijau pada terasnya, dan ia adalah juga yang paling berkaitan langsung dengan pengalaman pengguna.
 
Hu Baiju, ketua jurutera bagi pencakar langit ini, memberitahu wartawan bahawa Menara Sungai Pearl mengambil langkah berani dalam mengamalkan sistem radiasi sejuk untuk tujuan penyejukan, yang tidak begitu disesuaikan terutamanya dengan selatan China yang agak basah. Air sejuk pada 16 darjah celcius, semasa mengalir, memindahkan kesejukan kepada siling melalui paip air yang dipasang di sana, dan kemudian "memancarkan" dari siling ke udara dalaman. Sama seperti mekanisme pemanasan geoterma di China Utara, tetapi bertentangan dengan hasilnya, Menara Sungai Pearl, menggunakan air sejuk sebagai media untuk menyesuaikan suhu dan kelembapan.
 
"Dengan penyejukan semacam ini, tidak ada bunyi atau tiupan angin yang mengganggu. Situasi orang yang duduk berdekatan pendingin dingin yang mendapat angin sejuk secara langsung tidak lagi menjadi satu kebimbangan," kata Hu.
 
Di samping itu, teknologi "penggantian udara segar 100%" di dalam pencakar langit ini membantu mengekalkan udara segar pada setiap sudut bangunan, supaya setiap orang yang berada di dalam sentiasa berasa segar.
 
Jiang Junsheng, yang sebelum ini pernah mengalami rinitis, terutamanya semasa perubahan musim, amat gembira untuk mendapati bahawa beliau telah pulih tanpa perlu mendapatkan rawatan selepas berpindah ke pejabat di Menara Sungai Pearl. "Saya sangat sensitif terhadap kualiti udara, dan cuaca di Guangdong sering kali tidak stabil, jadi saya ada mengalami rinitis sejak zaman kanak-kanak. Saya sudah pulih sejak dua tahun yang lalu, dan besar kemungkinan saya mendapat manfaat daripada persekitaran pejabat saya sekarang. Udara di dalam Menara Sungai Pearl dinyahlembap dan ditapis sebelum memasuki bilik, pada sepanjang tahun. Saya perlu mengatakan bahawa ia adalah yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh sebuah bangunan.
 
Sistem udara segar di Menara Sungai Pearl secara automatik dapat merasakan perubahan kepada bilangan kakitangan di pejabat, dan dengan cepat menyesuaikan volum udara, menjalankan penggantian udara segar 100%, untuk memenuhi permintaan bagi setiap orang untuk mendapatkan udara segar.
 
Di samping itu, dinding tirai kaca berganda di bangunan itu, boleh menghalang udara yang sangat lembap di luar daripada memasuki bilik, supaya kelembapan relatif dalaman itu boleh sentiasa berada di antara 50% hingga 55%, julat yang paling selesa untuk tubuh manusia.
 
"Selepas memasuki bangunan itu, seluruh badan saya seolah-olah dilindungi oleh sebuah gelembung, dan saya rasa sangat selesa dan selamat di dalam," kata Alain LIVET, Ketua bagi Cabang Guangzhou bagi Auchan International (Shanghai) Trading Co., Ltd., "Menara Sungai Pearl, yang mengguna pakai beberapa teknologi yang mesra alam di mana merangkumi penghormatannya terhadap alam sekitar, adalah sebuah bangunan yang mempunyai ciri pembangunan mampan. Saya akhirnya memilih Menara Sungai Pearl  bagi pejabat baharu saya di kalangan satu dozen lokasi.
 
Di samping sistem penyaman udara pintar dan berperikemanusiaan, lebih ramai orang mempunyai pengalaman cemerlang di dalam pencakar langit ini kerana konsep pengangkutannya yang berorientasikan orang ramai.
 
"Konsep reka bentuk bangunan ini adalah berorientasikan orang ramai. Dengan kelajuan bergerak sehingga 9 m/s, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 saat dari tingkat pertama hingga ke bahagian atas bangunan setinggi 71 tingkat ini; dengan reka bentuk panel bertingkat, dan penyelesaian terpisah dan akses langsung ke kawasan lantai rendah, sederhana dan tinggi, ia membuat sesetengah orang pergi ke mana-mana tingkat akan masuk ke dalam lif tanpa menunggu selama lebih dari 30 saat.
 
"Ia adalah amat jarang berlaku bagi bangunan-bangunan tinggi," kata Alain LIVET, yang pernah bekerja di bangunan tinggi yang lain di Daerah Tianhe. "Saya telah bekerja di Menara Sungai Pearl selama lebih setahun, dan nampaknya saya jarang perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama bagi lif. Semua orang berasa sangat dihargai. "
 
"Kadang-kala, saya akan berdiri di lobi, memerhatikan dengan jam randik. Orang ramai akan menunggu, tetapi hanya selama 10 saat, untuk lif. Tidak dapat dibayangkan bagi sebuah bangunan dengan kapasiti lebih daripada 5,000 orang." Hu Baiju, Ketua Jurutera, terutamanya amat berbangga dengan ini.
 
"Ia boleh dikatakan bahawa bangunan ini adalah masa depan bagi pencakar langit, tetapi anda akan terkejut apabila mendapati bahawa ia telah datang, tepat di hadapan kita," kata Alain LIVET.
 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.gd.xinhuanet.com/zt12/zjc/
 
 
SUMBER: Guangzhou Pearl River Tower Properties Co., Ltd
 
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=292013
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.