ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  NGO PESAKIT YANG TERKEMUKA MENGELUARKAN PEMBERITAHUAN KLINIKAL BAGI TEKNIK T2* YANG TIDAK SELAMAT BAGI MENILAI ZAT BESI BERLEBIHAN

Wednesday 28/06/2017



AsiaNet 69065

BEIJING, 26 Jun, 2017/Medianet International-AsiaNet/--

 
Persekutuan Antarabangsa Talasemia (TIF), sebuah organisasi pesakit yang terkemuka di dalam bidang zat besi berlebihan, telah mengeluarkan satu Kenyataan Media dan Pemberitahuan Klinikal untuk memberi amaran tentang bahaya sebuah teknik pengimejan resonans magnetik T2* yang tidak selamat yang digunakan secara meluas bagi menilai zat besi berlebihan. TIF menekankan tentang keperluan kritikal untuk menggunakan teknik yang disahkan, khususnya merujuk kepada Resonance Health di mana pengawal seliaan  FerriScan (R) R2-MRI yang diluluskan adalah standard emas yang diiktiraf di peringkat global untuk menilai zat besi berlebihan.
 
Kenyataan Media dan Pemberitahuan Klinikal memberi amaran bahawa "Persekutuan Antarabangsa Talasemia (TIF) kini menggesa semua hospital dan pusat kesihatan yang menggunakan kaedah MRI yang tidak dikawal selia atau tidak ditentukur untuk mengukur LIC, untuk mengkaji semula teknik mereka dan memanggil semula pesakit, sekurang-kurangnya mereka yang mana status klinikal  memerlukan pengukuran tepat bagi kandungan zat besi di dalam hati, untuk meneruskan pengukuran dengan menggunakan kaedah yang disahkan."
 
Panos Englezos, George Constantinou, dan Dr Eletheriou, dari TIF memberi ulasan:
 
"TIF sangat yakin bahawa isu pemantauan zat besi oleh MRI perlu diberi perhatian segera dan serius dan keutamaan oleh semua pihak yang terlibat di dalam penjagaan pesakit agar hak pesakit untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti terhenti daripada dicabuli..."
 
"Kami menggesa semua pusat kesihatan dan kalangan profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan bahawa mereka hanya menggunakan teknik yang disahkan. TIF sedang mendapatkan kerjasama dengan semua Kerajaan, pihak berkepentingan lain yang terlibat, industri, dan khususnya Resonance Health, yang pada masa ini menyediakan satu-satunya peranti yang disahkan sehingga kini, agar dapat mengenalpasti cara-cara untuk mengembangkan akses ke tahap maksimum bagi pesakit mereka untuk pengukuran LIC di seluruh dunia.
 
TIF juga telah dimaklumkan bahawa Resonance Health kini telah membangun sebuah prototaip untuk satu ujian MRI baharu yang berpatutan dan ia berada di dalam ruang lingkup kami untuk bergandingan dengan Resonance Health bagi mempercepatkan proses pembangunan dan akses bagi ujian baharu ini yang akan menawarkan satu penyelesaian bagi pusat-pusat ini dengan bilangan pesakit yang sangat besar, di wilayah-wilayah yang kurang bernasib baik untuk membolehkan akses kepada teknik MRI yang boleh dipercayai dan disahkan."
 
Pengurus Besar Resonance Health, Sander Bangma, menyatakan:
 
Sokongan TIF bagi Resonance Health (ASX:RHT) akan mempercepatkan laluan bagi pembangunan dan akses untuk melancarkan sebuah peranti pengukuran zat besi berlebihan kecerdasan buatan yang selamat dan berpatutan kepada negara-negara membangun, di mana kos adalah penghalang kepada penggunaan FerriScan.
 
Kenyataan media yang lengkap boleh diperolehi di sini
( http://www.resonancehealth.com/news/latest-news/181-tif-media-release-and-clinical-alert.html)
 
 
Persekutuan Antarabangsa Talasemia (TIF)
thalassaemia@cytanet.com.cy
www.thalassaemia.org.cy
Resonance Health   
info@resonancehealth.com
www.resonancehealth.com
 
SUMBER: Resonance Health

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.