ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SERANGAN BOM PENGGANAS DI MEKAH 23 JUN 2017

Saturday 24/06/2017



PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat, 23 Jun 2017 yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram. Serangan ini telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.
 
Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.
 
Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.
 
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi ini.
 
Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:
 
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah
Lot 241, Al-Mualiffin Street
Al Rehab District
P.O Box 593
21421 Jeddah
ARAB SAUDI          
Tel:      0096612 6727740
0096612 6728019
Faks: 0096612 6760877
Emel: mwjeddah@kln.gov.my 

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NIZAM HALIMI 
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.