ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KDDI MEMILIH TEKNOLOGI Z-WAVE SIGMA DESIGN UNTUK PERKHIDMATAN RUMAH PINTAR PERTAMA JEPUN

Friday 23/06/2017



au HOME dilancarkan dengan Z-Wave pada Julai 2017

FREMONT, Calif., 23 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), pembekal terkemuka bagi penyelesaian sistem-atas-cip (SoC) pintar untuk platform TV pintar terhubung dan rumah pintar IoT, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perbadanan telco terbesar di Jepun, KDDI, menggunakan Z-Wave sebagai teknologi jejaring tanpa wayar bagi mendayakan penyelesaian rumah pintar mereka, au HOME, direka khusus untuk pengendali rangkaian.

KDDI mengembangkan jenama gaya hidupnya kepada pengguna dengan mengembangkan perkhidmatan mudah alih au yang popular yang melampaui komunikasi ke dalam perkhidmatan rumah yang bertujuan untuk menarik perhatian segelintir pasaran rumah pintar yang berkembang dan meluaskannya di Jepun. Perkhidmatan rumah pintar bersepadu serta pasang dan pakai, au HOME, akan memanfaatkan Z-Wave untuk pelbagai sensor, outlet, kunci dan peranti tersambung lain yang berkaitan untuk penyampaian keselamatan, automasi dan perkhidmatan pemeteran pintar rumah yang optimum. Au HOME dengan Z-Wave akan membolehkan para pengguna telefon pintar au menggunakan perkhidmatan ini untuk memantau rumah mereka di mana sahaja dan mengawal suhu rumah dengan mudah, mengunci pintu dan tingkap, mengawal pencahayaan dan mengukur penggunaan kuasa.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan KDDI untuk membawa teknologi Z-Wave ke Jepun," kata Raoul Wijgergangs, Naib Presiden Unit Perniagaan Z-Wave bagi Sigma Designs. "Mewujudkan pasaran rumah pintar memerlukan penyelesaian yang teliti yang menangani cabaran sebenar yang dihadapi oleh kedua-dua penyedia perkhidmatan dan pengguna akhir. Sistem KDDI akan membolehkan mereka memperkenalkan teknologi rumah pintar baru dengan mudah dan membolehkan pengguna mengembangkan fungsi rumah pintar mereka tanpa rasa takut terhadap ketidakserasian. Sebagai peneraju pasaran dan protokol rumah pintar yang paling selamat dan saling beroperasi, Z-Wave sangat sesuai untuk menjana perkhidmatan baru KDDI yang inovatif."

Penyebaran rumah pintar Z-Wave telah berada di barisan hadapan inisiatif telekomunikasi baru di A.S. dan Eropah sejak sekian lama. Pasaran di Asia kini dengan cepat menutup jurang dengan ketiga-tiga penyedia utama di Republik Korea: SK, KT dan LGU+, menawarkan program yang dimeterai dengan pengumuman ini oleh gergasi industri, KDDI, di Jepun.  

Penyelesaian rumah pintar au HOME dengan Z-Wave akan tersedia untuk pengguna di Jepun pada akhir bulan Julai 2017.

Mengenai Sigma Designs
Sigma Designs, Inc. (NASDAQ:SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet of Things (IoT) untuk peranti rumah pintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.

Mengenai Z-Wave
Teknologi Z-Wave adalah piawaian ITU (G.9959) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di pasaran hari ini, dengan lebih daripada 1700 produk saling beroperasi yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 450 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan aplikasi komersil ringan. Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar bagi Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Mengenai KDDI
KDDI adalah syarikat telekomunikasi Jepun yang menyediakan au.

KDDI melihat dirinya sebagai "Syarikat Reka Bentuk Hidup," kerana matlamat kami adalah untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk merevolusikan kehidupan pelanggan dengan membantu mereka membuat reka bentuk gaya hidup mereka sendiri dan membebaskan diri daripada kesulitan untuk mendapatkan lebih kebebasan. Arah Tuju Pengurusan Perniagaan kami adalah "Berubah menjadi Perniagaan yang Menyediakan Nilai Pengalaman Pelanggan" dan mesej jenama adalah "Kebebasan Baru", jadi kami berusaha memberikan "Kebebasan Baru" dan "menyediakan nilai pengalaman pelanggan" dari sudut "perspektif pelanggan (pembebasan)" dan "inovasi (penemuan)."

Pernyataan Safe Harbor
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan mengenai penerimaan pengguna dan ciri-ciri dan faedah yang dijangkakan daripada produk dan penyelesaian Sigma yang berkaitan dengan Z-Wave dan pelbagai tawaran Z-Wave. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material disebabkan beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada pengguna dan penerimaan pengguna Z-Wave, keupayaan Sigma untuk menggunakan dan mencapai penerimaan pasaran untuk produk Sigma dalam pasaran sasarannya, termasuk pasaran IoT, kemampuan kit pembangunan, cip dan modul Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk lain di pasaran ini serta risiko lain yang terperinci dari semasa ke semasa dalam laporan SEC Sigma, termasuk laporannya pada Borang 10-Q..Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:

Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com

Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com

SUMBER : Sigma Designs, Inc. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.