ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "BUFET MANISAN PUTERI DUYUNG" MEMPERINGATI KISAH DONGENG YANG DITULIS OLEH HANS CHRISTIAN ANDERSEN

Friday 23/06/2017



TOKYO, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Bufet Manisan Puteri Duyung" untuk memperingati kisah dongeng "The Little Mermaid" yang ditulis oleh penulis Denmark, Hans Christian Andersen. Bufet ini akan menawarkan makanan pencuci mulut yang disediakan khas berdasarkan kepada pelbagai makhluk laut yang mengingatkan watak-watak daripada kisah dongeng The Little Mermaid, dan akan diadakan di Restoran All Day Dining “Jurin” di tingkat dua Hotel kami dari 1 Julai hingga 30 September, 2017.

Hidangan pencuci mulut tahun ini akan mewakili pelbagai jenis makhluk laut yang lebih luas berbanding dengan acara pada tahun lepas, dan termasuk tat yang mengingatkan mengenai "umang-umang" yang comel dengan menggunakan kon wafel dalam bentuk siput kon, roti yang dibuat untuk kelihatan seperti anjing laut, krim paf yang berbentuk seperti ikan, dan kek gulung yang berbentuk malung, antara lain. Selain itu, "Jeli Duyung Biru" khas yang menggunakan gelee yang berperisa Blue Hawaii, dan makarun yang diperbuat untuk kelihatan seperti ibu tiram mutiara yang disesuaikan dengan mood musim panas akan dihidangkan kepada tetamu.

Semasa bulan Julai, kami akan juga menyediakan makanan istimewa yang diperbuat daripada tembikai, yang merupakan satu daripada buah-buahan paling popular yang dimakan di Jepun pada musim panas, untuk kenikmatan tetamu tetap kami. Hidangan pencuci mulut dan minuman bermusim ini termasuk tat tembikai dan strawberi, punch buah-buahan tembikai dan item-item lain yang menyegarkan di dalam menu.

Restoran All Day Dining "Jurin" kami terkenal dengan makanan bermusim yang disediakan khas berdasarkan kepada pelbagai cerita dongeng termasuk "Alice's Adventures in Wonderland" dan "Peter Rabbit". Pembuat pastri kami akan memaparkan bakat mereka dengan mencipta pelbagai jenis makanan pencuci mulut yang lazat yang dibahagikan kepada lima kategori berbeza di kaunter kami yang sepanjang 15 meter bagi pelanggan untuk menikmati setiap hari dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang semasa acara tersebut. Bufet ini juga diadakan pada tahun lepas, dan pelbagai pencuci mulut yang mengingatkan watak-watak dari "The Little Mermaid" telah mendapat sambutan baik. Di samping itu, kami juga menawarkan pelan perkahwinan khas berdasarkan kepada "The Little Mermaid" untuk memperluaskan rangkaian tetamu yang boleh menikmati acara bertema ini.

“Bufet Pencuci Mulut Puteri Duyung”
Tarikh: Dari 1 Julai hingga 30 September, 2017
Tempat: Restoran All Day Dining “Jurin”
Waktu: 3:00 petang hingga 5:30 petang
Bayaran: JPY 3,800 bagi dewasa
  JPY 2,600 bagi kanak-kanak
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170622005536/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.