ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PEMACU MOTOR BRUSHLESS TIGA FASA TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN PUTARAN KELAJUAN TINGGI UNTUK MOTOR KECIL

Thursday 22/06/2017



TOKYO, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran pemacu motor brushless tiga fasa "TC78B015FTG" untuk bekalan kuasa 12V dan "TC78B015AFTG" untuk bekalan kuasa 24V. IC baharu itu menyokong putaran kelajuan tinggi bagi motor kipas kecil yang sesuai untuk peralatan rumah dan peralatan industri. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Sebaiknya, kipas penyejukan, seperti kipas pelayan, menggabungkan saiz yang diminimumkan dengan sebuah kelajuan putaran tinggi yang memastikan keupayaan penyejukan yang tinggi. Produk baharu Toshiba itu menggunakan pakej kecil yang boleh dipasang pada ruang papan yang terhad bagi motor kecil. Ia juga mengurangkan kiraan komponen luaran dengan sebuah pemacu satu sensor dan sistem bebas perintang pengesanan arus. Pemacuan satu sensor menjamin operasi motor yang lebih boleh dipercayai berbanding dengan pemacu tanpa sensor dan mengurangkan bilangan ruang sensor daripada tiga (yang diperlukan untuk pemacu 3 sensor) kepada satu. Sistem bebas perintang pengesanan arus boleh mengurangkan bekalan kuasa dan menghapuskan perintang besar yang diperlukan sebelum ini. Kesemua ini menyumbang kepada permintaan yang berkurangan bagi ruang pada papan pendawaian.

Putaran kelajuan tinggi dicapai dengan sistem penukartertiban 150 darjah. Putaran adalah lebih pantas dan lebih stabil berbanding dengan sistem penukartertiban gelombang sinus, dan getaran adalah lebih rendah berbanding di dalam sebuah sistem penukartertiban 120 darjah konvensional. Penggunaan rintangan rendah (atas + bawah: 0.24Ω (jenis)) memastikan penekanan bagi haba yang dihasilkan daripada peningkatan arus motor oleh sebuah pemacu yang berfrekuensi tinggi, yang merealisasikan sokongan bagi sebuah pemacu arus besar sehingga 3A.

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
  1. Pakej kecil
    Pakej WQFN 36 (5mm x 5mm x 0.8mm) yang boleh dipasang pada ruang papan yang terhad bagi kipas kecil.
  2. Penjimatan ruang bagi papan
    Pemacu satu sensor dan sistem bebas perintang pengesanan arus menjimatkan ruang yang sebelum ini diperlukan bagi pemasangan komponen luaran.
  3. Putaran kelajuan tinggi
    Sebuah sistem penukartertiban 150 darjah merealisasikan putaran yang lebih pantas dan lebih stabil berbanding dengan sebuah sistem penukartertiban gelombang sinus dan getaran yang lebih rendah daripada sistem penukartertiban 120 darjah.
  4. Kehilangan yang rendah
    Kehilangan IC semasa operasi motor boleh ditindas oleh rintangan yang rendah 0.24 Ω (jenis).
 
Spesifikasi Utama

Nombor Bahagian
 
TC78B015FTG
 
TC78B015AFTG

Voltan bekalan kuasa
(julat operasi)
 6 V hingga 22 V 6 V hingga 30 V

Arus output
(julat operasi)
                                    3 A

Sistem pemacuan
 
Sistem penukartertiban 150 darjah

Sensor dewan
 
Satu sensor

Perintang pengesanan arus
 
Tidak diperlukan
Ciri-ciri lain 
Menyokong peranti Dewan dan IC Dewan
 Input kawalan kelajuan: Input PWM atau input voltan analog
 Fungsi pengesanan tak normal: Penutupan terma,
pengesanan arus lebih, dan pengesanan kunci motor
 Rintangan output (atas + bawah): 0.24 Ω (jenis)

Pakej
 
WQFN36 (5 mm × 5 mm × 0.8 mm)
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
TC78B015FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B015FTG®ion=apc&lang=en
TC78B015AFTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B015AFTG®ion=jp&lang=ja

Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu motor Toshiba, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51578785&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170622005394/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.