KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- PPZ- MAIWP senantiasa menghargai para pembayar zakat kami. Untuk itu, pihak kami senantiasa memaklumkan umum tentang kemudahan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP dari semasa ke semasa.
Untuk makluman umum, 11 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi setiap hari dari pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari terakhir Ramadan iaitu 24 Jun 2017 (Sabtu), kesemua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi sehingga jam 1 petang sahaja.
Oleh yang demikian, bagi yang masih belum menunaikan zakat pada ketika itu, bolehlah berbuat demikian secara online melalui Portal PPZ-MAIWP,
www.zakat.com.my.
Pihak PPZ-MAIWP menyeru dan menyarankan umum yang masih belum menunaikan zakat agar berbuat demikian di mana-mana cawangan kaunter PPZ-MAIWP.
PPZ-MAIWP juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757 , layari
www.zakat.com.my atau komunikasi dua hala menerusi Facebook PPZ-MAIWP di
www.facebook.com/myzakat.
“PPZ Memudahkan Anda Berzakat” Nor Mukshar Harun
Pen. Pengurus Besar,
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Name : Nur Haliza Abd Rahman
Penolong Pengurus, Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : +60 (0)12 5003547 / +60 (0)3 92895757
Fax : +60 (0)3 92895759
Website : www.zakat.com.my
Facebook : www.facebook.com/myzakat
--BERNAMA