ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  BEIJING DAN MINSK GESA KERJASAMA PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN

Thursday 22/06/2017



 AsiaNet 69041
 
MINSK, Belarus, 22 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Promosi Kerjasama Perniagaan Beijing-Minsk telah diadakan di Minsk pada 21 Jun. Li Luxia, ketua bagi delegasi Beijing dan naib pengerusi Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Submajlis Beijing (CCPIT Beijing) berkata bahawa Beijing bersedia untuk sentiasa mendorong perhubungan kerjasama perniagaan dan pembangunan pelaburan perdagangan dengan Minsk.
 
Li Luxia berkata pertukaran mesra di antara China dan Belarus mempunyai sejarah yang panjang. Pada September 2016, Presiden Lukashenko telah membuat kunjungan negara ke China dan kedua-dua pihak mengumumkan penubuhan sebuah perkongsian strategik yang komprehensif yang bercirikan saling mempercayai dan saling menguntungkan.
 
Pada akhir tahun 2016, jumlah dagangan China-Belarus telah mencecah AS$1.524 bilion. China menjadi rakan dagang ketiga terbesar dan juga rakan perdagangan terbesar di Asia bagi Belarus dengan prospek yang cerah untuk kerjasama. Dalam konteks mendalami perkongsian strategik secara berterusan dan pembangunan berterusan bagi pembinaan Inisiatif Belt and Road, Beijing mengadakan Pameran Promosi Kerjasama Perniagaan di Minsk, yang merupakan satu usaha konkrit bagi pembinaan bersama sebagai bandar raya berkembar dan penekanan Beijing terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Minsk.
 
Pameran Promosi itu telah diadakan secara bersama oleh CCPIT Beijing dan Dewan Perniagaan dan Industri Belarus cawangan Minsk. Lebih daripada 50 usahawan dari Minsk dalam bidang makanan, kesenian, pakaian, farmaseutikal, pameran, undang-undang, dan sebagainya dan lebih 70 orang usahawan dari Beijing di dalam bidang tenaga, pelancongan, budaya, pertanian, sains dan teknologi, ekonomi dan perdagangan menghadiri pameran itu.
  
Sumber: Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Submajlis Beijing (CCPIT Beijing)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=291741
 
 --BERNAMA
 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.