ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  IMPINJ MEMPERKENALKAN PEMBACA RFID RAIN R120 SPEEDWAY®

Thursday 22/06/2017



Portfolio Speedway menyampaikan prestasi peneraju industri dan kebolehpercayaan bertaraf perusahaan untuk industri runcit, penjagaan kesihatan, logistik dan perkilangan

SEATTLE, 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Impinj (PI), pembekal terkemuka penyelesaian RFID RAIN, pada hari ini memperkenalkan Impinj Speedway R120, pembaca tetap satu port bertaraf perusahaan yang menyambungkan item yang didayakan RFID RAIN kepada Internet. Portfolio pembaca Speedway kini termasuk tiga model untuk menyokong satu, dua atau empat antena dengan pengembangan sehingga 32 antena. Pembaca Speedway memberikan prestasi industri yang terkemuka dengan kebolehpercayaan bertaraf perusahaan dan membolehkan pengguna memilih saiz pembaca mereka untuk kegunaan dalam runcit, penjagaan kesihatan, logistik dan perkilangan.
 
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/93d26362-565c-478a-b87b-3e11f314e335
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/67a2da82-1a6a-4e1c-949b-29f8c51b7fb6
 
Pembaca R120 Speedway membekalkan keterlihatan tahap item untuk kes penggunaan termasuk bilik pemasangan pintar, paparan produk interaktif, dan pengurusan inventori. Dengan kadar bacaan sehingga 200 item sesaat, pembaca R120 Speedway dioptimumkan untuk zon bacaan tunggal, dengan pengembangan kepada lapan zon bacaan. Pembaca R120 Speedway kini boleh didapati dan disediakan secara standard bersama satu port antena dan boleh dinaik taraf kepada lapan port antena dengan pembelian Pek Port Impinj R120 yang termasuk hab antena Impinj dan penyesuai GPIO.
 
"Pelanggan kami telah meminta pembaca satu port yang menyampaikan prestasi dan kebolehpercayaan Speedway yang telah terbukti," kata John Frederiksen, pengarah kanan pengurusan produk Impinj. "Pembaca R120 Speedway mengembangkan nilai keluarga Speedway, membolehkan perniagaan memilih model yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping menyediakan portfolio yang mudah disesuaikan untuk membolehkan kes penggunaan tambahan apabila keperluan perniagaan berubah."
 
Portfolio Speedway adalah sebahagian daripada platform Impinj yang merangkumi titik akhir, sambungan, dan perisian RFID RAIN. Platform Impinj menyampaikan Item Intelligence™ secara wayarles—identiti, lokasi, dan keaslian barang-barang—kepada aplikasi perniagaan dan pengguna, membantu perniagaan meningkatkan kecekapan, meningkatkan jualan, dan menggembirakan pelanggan. Organisasi di seluruh dunia menggunakan platform Impinj untuk menyambungkan item ke aplikasi, mendayakan Internet of Things.
 
Dengan alat pembangunan aplikasi dan aksesori perkakasan yang biasa di seluruh portfolio Speedway, pengguna dapat mempercepat pembangunan penyelesaian dan penggunaan skala sebagai perubahan keperluan perniagaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembaca R120 Speedway dan produk sambungan Impinj, lawati: www.impinj.com/platform/connectivity.
 
Mengenai Impinj
Impinj (NASDAQ:PI) adalah penbekal terkemuka penyelesaian RFID RAIN. Platform Impinj menghubungkan berbilion barangan harian seperti pakaian, bekalan perubatan, bahagian automobil, lesen pemandu, makanan dan bagasi kepada aplikasi seperti pengurusan inventori, keselamatan pesakit, pengesanan aset dan pengesahan item, menyampaikan maklumat masa nyata kepada perniagaan tentang item yang mereka buat, urus, angkut dan jual. Platform Impinj secara wayarles menyampaikan maklumat tentang identiti unik, lokasi dan kesahihan item demikian, atau Item Intelligence™, kepada dunia digital, yang Impinj percaya adalah intipati Internet of Things. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lawati www.impinj.com.

Perhubungan Media
Jill West
Pengarah, Komunikasi Pemasaran
jwest@impinj.com
+1-206-834-1110
 
Sumber : Impinj, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.