ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KILANG-KILANG PENGELUARAN AUTOMOTIF SELURUH AUSTRALIA DITUTUP

Wednesday 21/06/2017



Penjualan Peralatan Automotif Terbesar dalam Sejarah Bermula ketika 10 Kilang Pembuatan Automotif kehabisan tenaga di Benua

AMSTERDAM, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hilco Industrial Acquisitions B.V. (www.hilcoind.com) hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengetuai proses pelupusan bagi satu penjualan aset jentera dan peralatan besar-besaran yang akan mengakhiri keseluruhan perniagaan pembuatan automobil di Benua Australia. Jualan itu dibuat berikutan penutupan baru-baru ini oleh kesemua operasi pengeluaran Toyota Australia, kilang pengeluaran automotif yang terakhir yang masih terdapat di benua itu.

Penjualan peralatan automotif ini yang belum pernah berlaku sebelum ini akan termasuk kesemua kedai dan vendor pengeluaran utama yang telah menjadi sebahagian daripada pembuatan kereta di Australia selama lebih 60 tahun. Semua peralatan itu akan dijual melalui perjanjian persendirian dari kedai-kedai pengeluaran mereka termasuk tuangan aluminium, relau, pemesinan barisan enjin, pemasangan, automasi robot, mesin, penyemperit, mesin acuan suntikan plastik, barisan kimpalan dan perkhidmatan kilang. Beberapa jentera dan peralatan utama yang tertentu akan dijual melalui lelongan dalam talian termasuk bengkel penyelenggaraan dan peralatan umum. Lelongan itu akan dijalankan oleh Grays Online (www.graysonline.com), sebuah rakan kongsi JV dengan Hilco Industrial Acquisitions B.V.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjualan peralatan pembuatan automobil satu laman web khas telah diwujudkan: www.australia-automotive.com

Tawaran dipelawa ke atas kesemua peralatan utama dan boleh dibuat sehingga 3 Oktober, 2017. Rundingan dan jualan bermula serta merta. Semua peralatan yang ditawarkan dalam jualan besar-besaran ini disediakan untuk pemeriksaan melalui temu janji sahaja. Sila hubungi: Ernst Rost Onnes (erostonnes@hilcoglobal.com) dengan kadar segera untuk temu janji.

Robert Bouland – Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hilco Industrial Acquisitions B.V. berkata "Tidak pernah ada satu jualan yang dijalankan sebesar ini dengan begitu banyak peralatan pembuatan yang serba canggih. Walaupun adalah agak malang untuk melihat industri di Australia itu menutup operasi, penjualan ini memberi peluang yang sangat penting kepada mereka yang mencari untuk membeli peralatan pengeluaran kritikal untuk meningkatkan kemudahan mereka." Encik Bouland menunjukkan bahawa permintaan dunia adalah sangat tinggi, terutama di rantau Asia Pasifik dan Eropah. Beliau menambah, "Kami menjangkakan bahawa sebaik kami mula menghebahkan jualan itu, minat di Amerika Utara akan meningkat dengan pantas."

Jualan bermula serta merta. Peralatan yang ditawarkan di dalam penjualan perjanjian persendirian itu termasuk semua kategori pengeluaran. Semua pembekal utama dan vendor di dalam jualan itu seperti berikut: Kilang Pengeluaran Kereta Toyota Altona; Toyoda Gosei Australia; Continental Pty Ltd.; Britax Childcare; Metalsa Australia; ROH Automotive; Toyota Boshoku Australia; Chassis Brakes International; dan Denso Automotive Systems Australia.

Untuk mengatur temu janji pemeriksaan, mengakses maklumat yang lebih terperinci mengenai aset yang dijual, atau mengetahui mengenai maklumat khusus berhubung proses jualan perjanjian persendirian itu, sila hubungi: Ernst Rost Onnes toyota@hilcoglobal.com  atau layari ke www.australia-automotive.com  untuk mendapatkan butiran lanjut.

Maklumat mengenai Hilco Industrial: Hilco Industrial Acquisitions B.V. (www.hilcohia.com) menyediakan perkhidmatan pemerolehan dan pelupusan aset perindustrian, yang mengkhususkan di dalam lelongan dan jualan dirundingkan bagi jentera, peralatan dan inventori. Ia menjual pelbagai aset industri yang ditemui di dalam syarikat-syarikat pembuatan, pemborongan dan pengedaran. Hilco Industrial membeli dan menjual aset melalui jualan di lokasi, dalam talian dan gabungan acara jualan lelongan dan siaran web serta melalui rundingan (perjanjian persendirian). Di samping menyediakan perkhidmatan atas dasar bayaran atau komisen, Hilco Industrial meletakkan modal berisiko dan sering memperolehi aset atau memberikan jaminan. Hilco Industrial adalah sebahagian daripada Northbrook, Hilco Global yang berpangkalan di Illinois (www.hilcoglobal.com), pihak berkuasa yang terkemuka di dunia di dalam memaksimumkan nilai aset perniagaan dengan menyediakan penilaian, pengewangan dan penyelesaian nasihat kepada sebuah pasaran antarabangsa. Pada tahun 2014, Hilco Industrial LLC dan CBI (Industri Perniagaan Teras) telah membentuk satu usaha sama yang diberi nama  Hilco Industrial Acquisitions B.V. (Amsterdam) untuk membeli aset industri yang bermasalah, mencairkan aset yang tidak lagi diperlukan lagi dan meneruskan operasi lumayan. Hilco Industrial Acquisitions B.V. berada di Eropah, Asia dan Australia.

Maklumat mengenai GraysOnline: 

GraysOnline (www.graysonline.com.au) adalah perniagaan lelongan dalam talian industri dan komersil yang terbesar di Australasia, dengan menawarkan pelbagai jenis barangan industri, pengguna dan komersial, terus dari pengeluar dan pengedar. GraysOnline menawarkan pembeli dengan nilai yang besar dan kemudahan dan vendor kami dengan saluran jualan yang cekap untuk membuka nilai daripada aset mereka. GraysOnline menjual platform dan komitmen kepada perkhidmatan pelanggan kelas pertama membuat membeli dan menjual secara mudah, cekap, adil dan telus. Selama hampir 100 tahun, GraysOnline telah membantu pembeli dan penjual berhubungan. GraysOnline menyediakan perlindungan negara yang sepenuhnya merentasi Australia dan New Zealand dengan pejabat-pejabat utama di Sydney, Melbourne, Adelaide, Brisbane, Darwin, Perth, Auckland dan Christchurch, meliputi kira-kira 60,000 meter persegi ruang gudang, 120,000 meter persegi ruang kawasan dan lebih 38 tapak tambahan yang lebih kecil dan depot serantau. Melalui rangkaian antarabangsa kami, kami boleh mengakses rangkaian pembeli dan penjual di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

Hubungi
Hilco Global
Gary C. Epstein
Naip Presiden Eksekutif – Ketua Pegawai Pemasaran
gepstein@hilcoglobal.com
www.hilcoglobal.com
+1 847 418 2712
 
Sumber: Hilco Industrial Acquisitions B.V.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51576180&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.