ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SERANGAN DI FINSBURY PARK, 19 JUN 2017

Tuesday 20/06/2017



PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi insiden serangan di Finsbury Park di utara London pada hari Isnin, 19 Jun 2017. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan ini dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar London berhubung kejadian tersebut. Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi pejabat suruhanjaya di alamat:
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London
Alamat Sementara: 52 Bedford Row, London WC1R 4LR
Tel.: + 44 (0) 207 242 4308
E-mel: mwlondon.kln@1govuc.gov.my
 
Kerajaan Malaysia mengutuk serangan kejam ke atas orang awam berhampiran masjid di Finsbury Park ini. Situasi sebegini amat membimbangkan kerana ianya disasarkan kepada para jemaah yang selesai menunaikan solat pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden ini. Malaysia juga berharap agar penjenayah akan dibawa ke muka pengadilan.
 

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : AZREEY ABU KASIM
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : azreey@kln.gov.my

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.