ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERANGSANG SELANGOR SANTUNI 38 ASNAF SEMPENA RAMADAN

Monday 19/06/2017


Puan Suzila Khairuddin, Ketua Pegawai Operasi, Perangsang Selangor (kanan) menyerahkan zakat perniagaan RM150,000 kepada Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)



SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) dan anak-anak syarikat telah menyerahkan bantuan zakat bernilai RM83,672.92 kepada 38 penerima terdiri golongan asnaf fisabilillah dan fakir miskin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan kali ini pada 16 Jun 2017 yang lalu.
 
Ketika merasmikan Majlis Penyerahan Semula 3/8 Zakat Siri Ke-3 2015, Ketua Pegawai Operasinya,  Suzila Khairuddin berkata penyerahan bantuan zakat adalah kepada 30 pelajar universiti yang kurang kemampuan dan 8 asnaf fakir miskin termasuk ibu tunggal.
 
"Tahun lepas, Perangsang Selangor telah menjelaskan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor dengan jumlah RM686,861.13. Penyerahan zakat tersebut adalah merupakan siri ketiga pengagihan semula 3/8 zakat perniagaan yang bernilai sebanyak RM257,572.92", jelas Suzila.
 
“Selain bertujuan untuk menampung kos pembelajaran pelajar-pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, bantuan zakat ini diharap dapat mengurangkan beban serta membantu mereka menjalani ibadah puasa disamping membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi”
                                                                                                                       
Sehingga kini, seramai 85 golongan asnaf telah menerima bantuan zakat bernilai RM207,572.92 daripada tiga siri program agihan zakat yang telah dianjurkan Perangsang Selangor sejak bulan Januari’17.

Dalam pada itu, di Majlis Iftar dan Bayaran Zakat Perniagaan 2017 yang telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor di Wisma PKPS Shah Alam, Perangsang Selangor turut menjelaskan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2016 berjumlah RM150,000.00. Penyerahan cek telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Perangsang Selangor, Suzila Khairuddin kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa.
 
Perangsang Selangor yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1975 adalah sebuah syarikat pelaburan yang terlibat di dalam enam sektor utama iaitu pembuatan, perdagangan, pelesenan, infrastruktur dan utiliti, minyak dan gas serta telekomunikasi.

SUMBER : Kumpulan Perangsang Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Mohd Fauzi Mohd Ghazali 
Tel : 012 - 672 3632
Emel  : mohdfauzi@kps.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.