ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BELGIUM: PENGGUNAAN LABEL "NO-PALM OIL" ADALAH MENGELIRUKAN 15 JUN 2017, KHAMIS, ROM, ITALI

Friday 16/06/2017


YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyampaikan buku "Coffee Table on Malaysian Palm Oil 100 Years Anniversary" kepada En. Francesco Paolo Fulci, Presiden Syarikat Ferrero dengan diiringi oleh YBhg. Tan Sri Bernard Dompok (kanan) Duta Besar Malaysia ke Vatican



KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- YB Datuk Seri Mah Siew Keong selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah tiba di Rom, Itali pada 14 Jun 2017 dalam rangka lawatan 2 hari membawa misi untuk mempromosi dan mengukuhkan platform komoditi terutamanya membabitkan hubungan perdagangan melibatkan sawit antara sektor awam dan swasta di negara Itali.

Dalam perbincangan meja bulat yang diadakan dengan pengeluar mentega coklat yang terkemuka di dunia dari Itali iaitu Ferrero,  YB Datuk Seri Mah Siew Keong telah membangkitkan kempen “No Palm Oil” yang dilancarkan oleh pihak anti sawit di negara Eropah telah mendatangkan cabaran yang besar kepada industri sawit dengan penglibatan hampir 1,600 produk makanan yang dipasarkan di segenap negara Eropah.  YB Datuk Seri Mah Siew Keong pada masa yang sama turut memuji dan mengucap tahniah kepada Ferrero di atas kepercayaan serta keyakinan menggunakan bahan yang berasaskan sawit selama ini dan kejayaan di atas keputusan Mahkamah Rayuan Belgium bahawa penggunaan label “No palm Oil” adalah mengelirukan tanpa disokong oleh fakta saintifik yang nyata dan salah di sisi undang-undang.

Pada 2 Jun 2017, Mahkamah Rayuan Belgium telah memutuskan rangkaian pasaraya Delhaize di Belgium telah membawa kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan pasaraya dengan memberi maklumat dan fakta yang mengelirukan tentang minyak sawit  termasuk penggunaan label “Palm Oil Free” ke atas produk-produk yang diperagakan dalam rangkaian pasaraya berkenaan.

Keputusan Mahkamah Rayuan Belgium telah memutuskan bahawa dakwaan dan mesej yang disampaikan oleh  pasaraya Delhaize terhadap minyak sawit adalah “meragukan dan tidak objektif” kepada dakwaan kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan. 

Pada masa yang sama, Mahkamah Rayuan Belgium juga menegaskan supaya  pasaraya Delhaize menghentikan serta-merta segala kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas dengan niat yang buruk,  di samping menyalahi undang-undang Belgium.  Pasaraya berkenaan juga berisiko dikenakan denda maksima sehingga 1,000,000 EURO sekiranya gagal mematuhi perintah Mahkamah.

YB Datuk Seri Mah Siew Keong juga merakamkan penghargaan kepada pihak Ferrero dalam perjuangan melawan kempen pelabelan “No Palm Oil” dengan membawa ke muka pengadilan dan paling penting adalah penggunaan minyak sawit Malaysia sebagai bahan utama dalam penghasilan produk Ferrero walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran termasuk keputusan Mahkamah Belgium yang tidak memihak kepada Ferrero pada tahun 2013.

YB Datuk Seri Mah Siew Keong semasa dalam penggulungan perbincangan meja bulat sekali lagi menguatkan hujah beliau bahawa keputusan Mahkamah Rayuan Belgium pada kali ini telah diketengahkan untuk perhatian di kalangan ahli parlimen Eropah dalam beberapa sesi perbincangan yang telah diadakan pada awal minggu ini bertempat di Strasbourg, Perancis.

Tindakan Kerajaan Itali dalam memberi sokongan penuh ke atas usaha penghasilan minyak sawit mampan dengan menandatangani Deklarasi Amsterdam pada tahun 2015 telah mendapat pujian daripada YB Datuk Seri Mah Siew Keong.  Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa Malaysia juga sedang menggiatkan usaha ke arah pensijilan minyak sawit mampan (MSPO) secara mandatori ke atas  seluruh rantaian pengeluaran sawit di Malaysia menjelang tahun 2020.

Selain daripada perbincangan meja bulat bersama Ferrero dan pihak Italian Alliance of Sustainable Palm Oil (IASPO), YB Datuk Seri Mah Siew Keong juga berkesempatan mengadakan 2 mesyuarat dua hala antaranya bersama Barbara Degani, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan  Ivan Scalfarotto, Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi. 

YB DATUK SERI MAH SIEW KEONG
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Kartina Binti Hamzah

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
Tel: 03-88878236 
H/P: 019-3932983 
Fax: 03-8887 8205 
Emel: kartina@mpic.gov.my 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.