ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​MENYAMPAIKAN CERITA MENGENAI HORTIKULTUR DI SEPANJANG "BELT AND ROAD"

Friday 16/06/2017



AsiaNet 68977

ASTANA, Kazakhstan, 16 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing 2019 muncul pada Minggu Beijing pada Expo 2017 di Astana pada 16 Jun. Di Pavilion China, Ye Dahua, Timbalan Ketua Pengarah bagi Biro Penyelarasan Ekspo Beijing 2019, telah memperkenalkan Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing 2019  kepada negara-negara yang mengambil bahagian dalam Expo 2017 Astana itu.
 
Pada majlis perasmian Minggu Beijing, sembilan papan pameran menunjukkan pelan tindakan ekologi bagi Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2019 itu. Sementara itu, versi kartun bagi promosi yang dihasilkan dengan teliti untuk Ekspo Beijing 2019 itu telah diumumkan di dalam media arus perdana Kazakhstan, di mana sepasang maskot natif yang menawan - Little Bud dan Little Flower - menceritakan kisah-kisah mengenai Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing 2019 dan menyanyi bagi mengalu-alukan tetamu luar negara kepada Ekspo Beijing 2019 untuk menikmati kehidupan kehijauan dan keindahan Beijing.
 
Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing kini berada di dalam pembinaan pada tahun 2017. Pada masa ini penyediaan bagi penyertaan domestik di dalam Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing telah memasuki fasa penting. Kawasan Pameran China bagi Ekspo Beijing 2019 akan memulakan pembinaan di tapak pada pertengahan kedua tahun ini. Beijing sedang berusaha untuk mencapai 80 peratus daripada pengambilan bagi pameran antarabangsa dan pada asasnya melengkapkan pengambilan negara-negara yang akan membina taman-taman luar. Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing 2019 adalah sebuah ekspo hortikultur antarabangsa di tahap paling tinggi yang pernah dianjurkan oleh kerajaan China dan bandar raya Beijing. Ekspo itu akan diadakan dari 29 April hingga 7 Oktober, 2019, untuk tempoh 162 hari.
 
Air China, satu daripada rakan global yang pertama menandatangani kontrak dengan Ekspo Hortikultur Antarabangsa Beijing 2019, telah mengadakan penerbangan pergi balik antara Beijing dan Astana pada 1 Jun 2017.
  
Sumber: Kerajaan Perbandaran Beijing 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.