PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 17, 2017 -Khamis

 
  JEFFREY SACHS AKAN MERASMIKAN FORUM PENGELUAR KOPI DUNIA YANG PERTAMA DI COLOMBIA

Friday 16/06/2017



Petani kopi dan pemegang kepentingan industri dari lebih 40 buah negara akan menangani cabaran kelestarian bagi rantaian nilai kopi di bawah pendekatan tanggungjawab bersama.

Pengarah Eksekutif ICO, Presiden Colombia dan Ketua Pegawai Eksekutif Colombian Coffee Growers Federation (FNC) akan turut mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu, bersama-sama dengan wakil pengeluar kopi dari Afrika, Asia dan Amerika Latin.


BOGOTA, Colombia, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Pejabat Akhbar FNC) – Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama yang akan diadakan di Medellín, Colombia, dari 10 hingga 12 Julai, akan dirasmikan oleh pakar dan peneraju dalam pembangunan lestari iaitu Profesor Jeffrey D. Sachs sebagai penceramah utama.

Program Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama termasuk penceramah, penganalisis dan tetamu bertaraf antarabangsa, dan akan menangani isu-isu yang memberi kesan terhadap industri kopi secara keseluruhannya, menjadikan acara ini satu kemestian.

Seorang profesor yang terkenal dalam dunia ekonomi, penasihat kanan PBB, penulis yang bukunya laris dan penulis ruang bersindiket, Profesor Sachs kini adalah pengarah bagi kedua-dua Pusat Pembangunan Lestari (di Universiti Columbia) dan UN Sustainable Development Solutions Network.

Pengarah Eksekutif International Coffee Organization (ICO), José Sette; Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Colombian Coffee Growers Federation (FNC), Roberto Velez, juga akan mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu, bersama-sama dengan wakil pengeluar kopi Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama ini bertujuan menangani cabaran yang boleh menghalang kelestarian rantaian nilai pada masa hadapan, seperti pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan pendekatan tanggungjawab bersama oleh semua pihak yang berkepentingan.

Menyatukan Pengeluar Kopi dan Pemain Utama Industri Global

Agenda akademik forum itu akan menangani isu-isu yang merupakan cabaran biasa kepada semua negara pengeluar kopi dan menjadi ancaman kepada industri secara keseluruhannya. Kelestarian ekonomi penanam kopi, pembangunan luar bandar, penunjuk sosio-ekonomi, penyesuaian perubahan iklim, produktiviti, turun naik harga, perubahan generasi dan pekerja adalah sebahagian daripadanya.

Kumpulan kerja dan panel bertema akan menganalisis cabaran pengeluaran dan perdagangan kopi dan membuat cadangan tentang cara untuk menanganinya.
Tokoh bertaraf antarabangsa lain yang menghadiri forum itu sebagai moderator atau penceramah ialah Ric Rhinehart, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Specialty Coffee Association (SCA); Fred Kawuma, Setiausaha Agung Inter-African Coffee Organization (IACO); Silas Brasileiro, Presiden Eksekutif Brazil's National Coffee Council (NCC) dan Annette Pensel, Pengarah Eksekutif Global Coffee Platform.

Ronald Peters, Pengarah Eksekutif Costa Rica's Coffee Institute (Icafé); René León, Setiausaha Eksekutif Promecafé; Ishak Lukenge, Presiden Uganda Chapter dan Pengerusi Lembaga Pengarah African Fine Coffees Association (AFCA) serta Vanusia Nogueira, Pengarah Eksekutif Brazil Specialty Coffee Association (BSCA) juga akan mengambil bahagian dalam forum sebagai moderator atau ahli panel.

Antara wakil industri yang menghadiri forum tersebut, termasuk syarikat global seperti Starbucks, beberapa individu juga akan mengambil bahagian sebagai penceramah atau ahli panel, seperti Marcelo Burity, Ketua Pembangunan Kopi Hijau di Nestlé, dan Andrea Illy, Pengerusi Illycaffè.

Di sepanjang persidangan itu, para hadirin akan dapat merasai kopi dari semua negara pengeluar yang akan mengambil bahagian dalam forum tersebut.

Memandangkan tarikan hebat yang ditawarkan oleh acara ini (termasuk dua hari lawatan ke rantau kopi Colombia pusat) dan tempat adalah terhad, mereka yang berminat untuk menghadiri mesti mendaftar di:
http://www.worldcoffeeproducersforum.com/es
http://www.worldcoffeeproducersforum.com/

Mengenai FNC

Ditubuhkan pada tahun 1927, Colombian Coffee Growers Federation (FNC, Federación Nacional de Cafeteros) mewakili lebih daripada 560,000 penanam kopi Colombia. Dengan wawasan kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial, misinya adalah untuk bekerja bagi kesejahteraan penanam kopi Colombia dan keluarga mereka. Ia menyediakan barangan dan perkhidmatan awam dan membangunkan program dan strategi khusus yang membantu mereka mendaki rantaian nilai dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Maklumat Perhubungan:
Federación Nacional de Cafeteros de Colombia
Jenny Vanessa Cuervo
(57+1) 3136600 Ext. 1697

SUMBER : Federacion Nacional de Cafeteros de Colombia-Fondo Nacional del Café

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.