ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​ECOLAB PEST ELIMINATION LANCAR PROGRAM LALAT BESAR GLOBAL YANG KOMPREHENSIF UNTUK BANTU KURANGKAN RISIKO KESELAMATAN MAKANAN

Thursday 15/06/2017



ST. PAUL, Minn., 15 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ecolab Inc., sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi dan perkhidmatan air, kebersihan dan tenaga yang melindungi orang ramai dan sumber-sumber penting, memperkenalkan Program Lalat Besar Ecolab, sebuah program global yang komprehensif daripada Ecolab Pest Elimination yang menggunakan satu pendekatan luar dalam dan teknologi berinovatif untuk membantu mengurangkan risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan lalat besar.
 
Program Lalat Besar Ecolab menawarkan satu pendekatan pelbagai aspek yang secara proaktif menangani aktiviti lalat melalui pemeriksaan dan cadangan berterusan, rawatan luaran dan dalaman dan penggunaan teknologi proprietari dan sains di dalam dan di luar kemudahan itu.
 
"Program kami menggabungkan protokol berasaskan sains yang dicipta oleh pakar-pakar terkemuka industri, kelengkapan proprietari dan perkhidmatan kami yang dihantar sendiri untuk membantu menghapuskan risiko jenama dan keselamatan makanan yang dikaitkan dengan lalat besar dan meningkatkan kepuasan tetamu," kata Ron Jungmann, naib presiden Penyelidikan Global, Pembangunan dan Kejuruteraan (RD&E) bagi Ecolab Pest Elimination.
 
Program Lalat Besar Ecolab termasuk penggunaan STEALTH™ LED Fly Light yang sedang menunggu kelulusan paten, yang memadankan keberkesanan terbaik dalam kelas dengan keselamatan dan kemampanan untuk mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan lalat besar di dalam sesebuah kemudahan pelanggan. Dicipta untuk mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 60 peratus berbanding dengan model yang setanding, reka bentuk moden lagi bijaksana ini adalah sesuai untuk digunakan bagi bahagian hadapan dan belakang bangunan restoran-restoran dan pusat perkhidmatan makanan. Program Lalat Besar Ecolab itu juga boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus bagi tempat penginapan dan pusat penjagaan jangka panjang, kilang makanan dan minuman, dan kemudahan lain.
 
Pasukan RD&E Ecolab telah membangunkan STEALTH LED Fly Light melalui pelbagai ujian mengenai corak terbang dan penilaian ciri-ciri alam sekitar untuk memahami bagaimana lalat bertindak balas kepada cahaya. Dengan mengkaji lalat di keadaan medan dan dalam persekitaran yang terkawal, mereka mendapat pemahaman baharu mengenai tingkah laku penerokaan lalat dan menggunakan penemuan ini untuk membangunkan STEALTH LED Fly Light. Digunakan dengan kombinasi dengan penyelesaian lain sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh Ecolab, STEALTH LED Fly Light adalah barisan terakhir bagi pertahanan terhadap lalat besar yang berjaya memasuki sesebuah kemudahan pelanggan.
 
STEALTH LED Fly Light telah dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Dapur 2017 oleh Persatuan Restoran Kebangsaan di Amerika Syarikat.
 
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Lalat Besar oleh Ecolab Pest Elimination dan bagaimana untuk mengurangkan risiko, sila layari www.ecolab.com/largefly.
 
Maklumat mengenai Ecolab
 
Sebuah rakan yang boleh dipercayai dengan lebih satu juta lokasi pelanggan, Ecolab (ECL) adalah pemimpin dunia di dalam teknologi dan perkhidmatan air, kebersihan dan tenaga yang melindungi orang ramai dan sumber-sumber penting. Dengan jualan pada tahun 2016 mencakupi sebanyak $13 bilion dan 48,000 syarikat bersekutu, Ecolab menyampaikan penyelesaian yang komprehensif dan perkhidmatan di lokasi untuk menggalakkan makanan yang selamat, mengekalkan persekitaran bersih, mengoptimumkan air dan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecekapan operasi bagi pelanggan di pasaran makanan, penjagaan kesihatan, tenaga, hospitaliti dan industri di lebih 170 buah negara di seluruh dunia. www.ecolab.com.
 
Hubungi
Ecolab Inc.
Roman Blahoski, 651-250-4385
MediaRelations@Ecolab.com
 
Sumber: Ecolab Inc.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170531005181/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.