ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEMBATALAN PENERBANGAN QATAR AIRWAYS KE ARAB SAUDI DAN NEGARA-NEGARA TELUK

Wednesday 14/06/2017



PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Malaysia ingin memaklumkan bahawa Qatar Airways telah membatalkan semua penerbangan ke Arab Saudi dan beberapa buah negara Teluk. Pembatalan ini dijangka akan menjejaskan urusan perjalanan dan berlakunya perubahan tarikh penerbangan yang telah diatur lebih awal untuk ke Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain sama ada untuk melancong, perniagaan dan umrah.

Sehubungan itu, mana-mana pelancong / ahli perniagaan / jemaah umrah yang telah membeli tiket penerbangan Qatar Airways melalui mana-mana syarikat pelancongan yang berlesen adalah dinasihatkan untuk berurusan dengan syarikat-syarikat pelancongan berkenaan untuk tindakan susulan yang bersesuaian.

Mereka juga boleh melayari laman sesawang Qatar Airways di www.qatarairways.com atau menghubungi talian 03 2118 6100 atau +974 4022 0072 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.