ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  @COSME UMUM "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 PRODUK-PRODUK BAHARU PERTENGAHAN TAHUN"

Wednesday 14/06/2017



AsiaNet 68921

TOKYO, 14 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- "Lip Tint" keluaran OPERA Memenangi Hadiah Utama -
 
istyle Inc. (TSE First Section, Kod Syarikat: 3660) -- yang merupakan pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada laman ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia -- mengumumkan "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun" pada 14 Jun, 2017. Anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang baharu dikeluarkan yang paling popular pada pertengahan tahun pertama 2017.
 
(Imej:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103196/201706092568/_prw_PI1fl_Q98yRike.png)
 
 
Maklumat mengenai @cosme:
@cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas.
 
Maklumat mengenai "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun":
Anugerah itu meliputi produk yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari 1 November, 2016, hingga 30 April, 2017. Anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang telah mendapat sokongan paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis oleh ahli-ahli di @cosme. Memandangkan anugerah itu mewakili sudut pandangan pengguna itu sendiri, produk-produk yang menang menarik perhatian daripada pengguna dan juga mereka yang berada di dalam industri kosmetik dan kecantikan.
 
"Lip Tint" keluaran OPERA memenangi Hadiah Utama:
Hadiah Utama dimenangi oleh "Lip Tint" yang dihasilkan oleh OPERA, dengan menerima respons yang paling tinggi daripada pengguna di @cosme.
 
Sila rujuk kepada laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bahasa Jepun: http://www.cosme.net/bestcosme/2017_half
Bahasa Inggeris: http://us.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Cina Tradisional: http://tw.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Cina Dipermudahkan: http://cn.cosme.net/bestcosmeRankings
Bahasa Korea: http://kr.cosme.net/bestcosmeRankings
 
Sumber: istyle Inc.
 
Hubungi:
Tomoko Noda
Kumpulan Perhubungan Awam
istyle Inc.
Tel: +81-3-5575-1286
Faks: +81-3-5575-1261
E-mel: istyle-press@istyle.co.jp 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.