PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 17, 2017 -Ahad

 
  BANK ISLAM MELANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU

Wednesday 14/06/2017


En. Khairul Kamarudin, CEO Bank Islam



KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) hari ini mengumumkan perlantikan Encik Khairul Kamarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa 14 Jun 2017. Sebelum perlantikan ini, Encik Khairul merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam.
 
Pengalaman Encik Khairul dalam dunia korporat Malaysia menjangkau lebih 21 tahun termasuklah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers (Malaysia) Sdn Bhd dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan beliau terlibat dalam pelbagai bidang dan operasi seperti audit, jaminan perniagaan, pengurusan aset dan pemulihan.
 
Beliau menyertai Bank Islam pada tahun 2005 dan memainkan peranan penting dalam menerajui pemulihan aset semasa tahun-tahun pemulihan dan transformasi Bank Islam. Beliau instrumental dalam pencitraan semula perniagaan runcit Bank dengan memperkenalkan pendekatan jualan yang agresif dan menggalakkan budaya prestasi berasaskan risiko.
 
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2016 dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan dan keuntungan keseluruhan semua bahagian perniagaan seperti perbankan Pengguna, Komersil, Korporat, Perbendaharaan, Deposit dan Pasaran Modal. Beliau juga memainkan peranan penting dalam prestasi keseluruhan Operasi, Teknologi, Jenama dan Komunikasi Pasaran serta Hubungan Strategik Pelanggan.
 
Antara pencapaian terbaik dibawah pentadbiran beliau adalah pemerkasaan strategi perniagaan keseluruhan Bank; memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan yang memenangi anugerah, termasuklah kad kredit perniagaan patuh Syariah yang pertama di Asia Pasifik; Kad debit-i jenama bersama Visa dengan persatuan-persatuan bolasepak Malaysia dan universiti; perkhidmatan pengeluaran tunai Bank Islam Visa; Transact-At-Palm (TAP); e-Donation dan pembiayaan tanah wakaf.
 
Encik Khairul adalah Pengerusi bagi dua anak syarikat Bank Islam iaitu BIMB Investment Management Bhd dan Farihan Corporation Sdn Bhd.
 
Beliau adalah ahli pengamal Association of Chartered Islamic Finance Professional dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Anglia University, UK.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.bankislam.com.my
 
Mengenai Bank Islam
 
Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 147 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.  

Sumber : Bank Islam Malaysia Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Tel : 03-2782 1232 / 019-339 4491 
Faks : 03-2781 2998
Emel : wnorkhairi@bankislam.com.my
Web : www.bankislam.com.my

Nama : Omar Atin
Hubungan Media & Editorial,
Komunikasi Korporat Kumpulan  
BIMB Holdings Berhad 
Tel : 03-2781 2943 / 019-391 9144 
Faks : 03-2781 2998
Emel : omar@bimbholdings.com
Web : www.bimbholdings.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.