ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI DR. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN SEGAMAT KEBAJIKAN PENDUDUK SEGAMAT SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN

Tuesday 13/06/2017



PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Masjid Makam Lubok Batu Gemereh terletak di kawasan rendah. Sehubungan itu, risiko banjir di kawasan tersebut adalah tinggi sekiranya hujan yang berpanjangan. Saya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Segamat telah membawa isu ini kepada perhatian YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Justeru itu, YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi membina masjid baru di lokasi bersesuaian yang dijangka melebihi RM3 juta. Kos sebenarnya akan diketahui kelak selepas proses anggaran sebenar ditentukan. Kos pembinaan masjid ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Saya amat berharap agar pembinaan masjid ini akan bermula dengan kadar segera agar masjid ini dapat beroperasi sepenuhnya sebelum penghujung tahun 2018. 

Sebagai Ahli Parlimen Segamat, saya amat prihatin mengenai pembangunan infrastruktur terutamanya yang melibatkan tempat untuk menjalankan ibadat. Sehubungan itu, beberapa masjid dan surau bakal dibina dan pengubahsuaian seperti di kawasan Sepinang dan Gelang Cincin, Segamat.

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.