ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MIDEA : SEBUAH JUARA PENGELUAR PERALATAN RUMAH CHINA YANG MENEMPATKAN INSTITUSI INOVASINYA DI SELURUH DUNIA

Tuesday 13/06/2017



AsiaNet 68832

SHANGHAI, China, 13 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pada April tahun ini, Midea melancarkan Pusat R&D dan Inovasinya bagi Eropah di Austria. Pada masa yang sama, Pusat Teknologi Baru Muncul mereka telah dibuka dan memulakan operasi di Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
 
Kumpulan Midea sehingga sekarang memiliki 17 pusat R&D, lebih 60 cawangan di luar negara, 10,000 penyelidik, dan 300 pakar asing di lapan buah negara. Seperti Huawei, sebuah pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dunia yang terkemuka yang berpangkalan di China, yang telah mewujudkan 36 pusat inovasi bersama di seluruh pelusuk dunia, Midea juga telah menjadi sebuah jenama perwakilan China yang telah mengambil kedudukan utama di dalam inovasi dalam bidang ini.
 
Selaras dengan strategi globalisasi mereka, Kumpulan Midea telah mempercepatkan pergerakan mereka untuk menarik kakitangan saintifik dan teknologi yang utama di peringkat global. Program "Bintang Midea" yang dilancarkan pada tahun 2016, merekrut bakat-bakat terbaik dari 100 buah universiti utama di dunia, terutamanya pakar-pakar di dalam Kecerdasan Buatan, dengan satu tawaran menarik bagi pakej gaji tahunan yang merangkumi lebih satu juta yuan China dan satu dasar yang menggalakkan kenaikan pangkat dengan pantas dalam tempoh tiga tahun.
 
Bergantung kepada sumber intelektual global mereka, Pusat Inovasi Global Midea, yang terletak di Foshan, Guangdong, telah menjadi sebuah inovasi sains dan teknologi tanah tinggi yang baharu di kalangan perusahaan pembuatan di seluruh dunia. Pangkalan R&D yang luas ini, dengan pelaburan terkumpul sebanyak 30 bilion yuan, meliputi sebuah kawasan seluas 260,000 meter persegi, dan menempatkan lebih daripada 10,000 orang, bagi penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Banyak kejayaan cemerlang telah dibuat di sini di dalam bidang-bidang termaju dan canggih dengan prospektif pasaran yang besar, seperti kecerdasan buatan, bahan-bahan dan lapisan, rawatan air, perkhidmatan robot, rumah pintar, pemakanan dan perkhidmatan kesihatan.
 
Statistik menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun yang lalu, Midea telah melabur lebih daripada 20 bilion yuan di dalam penyelidikan dan pembangunan, dengan menduduki tempat pertama dalam bidang inovasi peralatan rumah dalam laporan Thomson Reuters. Pada tahun 2016, pendapatan luar negara bagi Midea melebihi 64.01 bilion yuan, yang mencakupi 43.5% daripada jumlah pendapatan, satu peningkatan sebanyak 29.53% tahun ke tahun.
 
"Midea komited untuk membina sebuah perusahaan pembuatan teknologi bertaraf dunia dengan pasukan R&D kelas pertama, dan untuk menghasilkan produk-produk canggih secara menyeluruh dalam tempoh lima tahun," kata Dr. Hu Ziqiang, naib presiden, Ketua Pegawai Teknologi bagi Kumpulan Midea dan presiden bagi Pusat Penyelidikan Korporat Midea.
 
SUMBER: Kumpulan Midea
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=291029
 
--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.