ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PELAJAR KAYM TERUJA BERBUKA PUASA BERSAMA PM

Tuesday 13/06/2017



PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Setiap kali ketibaan bulan Ramadan, pelbagai program berbuka puasa dianjurkan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dalam memenuhi keadaan pelajar yang berjauhan daripada keluarga untuk mengurangkan kesayuan masing-masing.
 
Baru-baru ini, seramai 10 orang pemimpin pelajar KAYM bertuah apabila berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa tokoh akademik universiti terkemuka tanah air di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
 
Majlis itu turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
 
Menurut Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi beliau merasa bangga kerana KAYM satu-satunya kolej dari negeri Melaka yang diberi kepercayai untuk mewakili Melaka di majlis tersebut.
 
“Apa yang disampaikan Perdana Menteri sangat sinonim dengan hasrat KAYM iaitu untuk menggerak usaha generasi memperkasakan generasi muda dalam memberikan asas dan peluang kepada mereka menyumbang kepada pembangunan negara” katanya.
 
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar KAYM, Muhammad Danial Akil Mohd Swalitan berkata, kesudian Perdana Menteri meluangkan masa berbuka puasa bersama dengan wakil kepimpinan pelajar dari seluruh negara menunjukkan sifat keprihatinan dan ambil berat beliau terhadap golongan muda dan pelapis pemimpin masa depan negara.

“Suntikan dan semangat Perdana Menteri sempena bulan Ramadan yang mulia ini bakal melakarkan inspirasi kepada kepimpinan mahasiswa negara dalam memacu kecemerlangan Malaysia ke arah melahirkan mahasiswa berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
 
“Majlis ini memberi mesej yang jelas bahawa Perdana Menteri mahukan mahasiswa menjadi tonggak dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengekalkan keharmonian dan keamanan sejagat,  katanya.
 
Seorang lagi pelajar Syakira Suhaimi, kursus Kru Kabin berkata, peluang menghadiri majlis berbuka puasa di Sri Perdana sedikit sebanyak mengeratkan hubungan antara rakan-rakan kepimpinan mahasiswa universiti lain dalam konteks idea memperkasa pendidikan tinggi negara.
 
Selain berbuka puasa, para hadirin juga turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama Perdana Menteri dan seterusnya menunaikan solat Isyak berjemaah dan juga solat Tarawih selepas menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

Sumber : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Faks : (606) 2861062
Emel : harmiyati@kym.edu.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.