PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia turut bersedih atas insiden pesawat tentera Myanmar yang telah terhempas di Laut Andaman berdekatan dengan Wilayah Thanintharyi, Myanmar pada 7 Jun 2017.
Malaysia mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Myanmar dan seluruh rakyat Myanmar, terutamanya ahli keluarga yang terlibat, di atas kehilangan ini.
Semoga ahli keluarga yang terlibat akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
SUMBER : Kementerian Luar NegeriUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: NURBAITI BAKTHIRAssistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nurbaiti@kln.gov.my
--BERNAMA