ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DAKWAAN GANGGUAN SEKSUAL OLEH DIPLOMAT ASING

Friday 09/06/2017



PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri telah menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa terdapat rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing. Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan secara rasmi dikemukakan kepada Kementerian, atau ke Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal Perwakilan asing di Malaysia.
 
Kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual ini, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia. Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar Negeri. Selain daripada talian telefon selepas waktu pejabat, individu berkenaan juga boleh menggunakan saluran emel webmaster@kln.gov.my untuk menyampaikan aduan mereka.
 
Kementerian memberi menjamin bahawa walaupun ada kekebalan, namun masih terdapat jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu. Kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaiannya.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURBAITI BAKTHIR
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nurbaiti@kln.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.