ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  IIPM AKAN ANJURKAN PERSIDANGAN DAN BENGKEL ANTARABANGSA LEBAH KELULUT 2017 PADA 18-20 JULAI 2017 DI HOTEL PERMAI, KUALA TERENGGANU

Friday 09/06/2017



SHAH ALAM, 9 Jun (Bernama) -- International Institute of Plantation Management (IIPM) akan menganjurkan Persidangan dan Bengkel Antarabangsa Lebah Kelulut 2017  pada 18 – 20 Julai 2017 di Hotel Permai, Kuala Terengganu, Terengganu. Persidangan Antarabangsa ini di hoskan oleh; International Rubber Research Development Board (IRRDB), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Pertanian Malaysia. 

Bertemakan “ENHANCING THE MALAYSIAN STINGLESS BEES INDUSTRY: NEW IDEAS AND PERSPECTIVES dijangkakan seramai tiga ratus (300) orang akan mendaftar sebagai peserta yang terdiri daripada ahli professional, ahli akademik, dan pemain-pemain utama dalam sektor penternakan lebah kelulut tempatan dan luar negara, sektor pertanian dan pekebun-pekebun kecil. Di antara objektif penganjuran ini adalah:

- Meningkatkan pendapatan melalui penternakan lebah kelulut.
- Memperbaiki kaedah pembiakan dan penternakan lebah kelulut.
- Memperbaiki teknik penuaian dan pengurusan penuaian lebah kelulut.
- Memperbaiki piawaian dalam pengurusan kualiti dan produk-produk lebah kelulut.

Persidangan selama tiga (3) hari ini akan mengumpulkan pakar-pakar tempatan dan luar negara yang akan membentangkan kertas kerja masing-masing. Pakar luar negara yang telah mengesahkan kehadiran untuk membentangkan kertas kerja adalah daripada negara Australia dan Brazil manakala pakar-pakar tempatan terdiri daripada MARDI, Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan ramai lagi.  

Pemilihan tempat persidangan di Terengganu adalah menjadi sebahagian daripada inisiatif penganjur untuk turut serta dalam kempen Tahun Melawat Terengganu 2017. Tarikh yang di cadangkan juga mengambilkira penganjuran Mini MAHA Terengganu 2017 oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Terengganu akan menjenamakan madu kelulut sebagai pemakanan kesihatan (super food) di samping dapat meningkatkan pendapatan komuniti dan taraf hidup penduduk.

Turut diadakan bersempena dengan persidangan ini adalah ‘Stingless Bees Challenge’ yang merupakan pertandingan poster dan inovasi bertujuan untuk memberi galakan dan menggerakkan budaya inovasi dikalangan penyelidik dan pelajar yang akhirnya akan meningkatkan kerjasama antara ahli akademik dan industri. Beberapa kategori pertandingan disediakan iaitu ‘invention, innovation dan design’. Turut disediakan semasa persidangan ini ialah ruang pameran ‘booth’ bagi membolehkan agensi-agensi terlibat mempamerkan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Lawatan pasca persidangan turut diadakan pada hari ke-3 yang mana peserta akan di bawa ke Pusat Repisotori Kelulut Indo-Malaya di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu dan Plot Penyelidikan Integrasi Kelulut dan Getah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Persidangan ini dijangkakan akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Beliau juga akan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada semua organisasi dan individu yang menyumbang dan menyokong kepada penganjuran antarabangsa ini.

Kami mempelawa kepada penggemar kelulut, penyelidik, usahawan, pekebun kecil, pembuat dasar dan kepada semua yang terlibat dalam industri kelulut untuk menyertai persidangan ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat informasi terkini mengenai industri kelulut. Penyertaan boleh di buat dengan mengisi borang secara on-line atau memuat turun borang dari laman sesawang iipm  www.iipm.com.my

SUMBER : International Institute of Plantation Management (IIPM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Sekretariat
Tel : 03-5522 5531 / 34
Emel : conference@iipm.com.my

Nama : Najid 
Tel : 019 2822 850

Nama : Ruzanna 
Tel : 012 699 0026 
Emel : ruzanna@iipm.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.