ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERMOHONAN KINI DITERIMA UNTUK FELLOWSHIP PENYELIDIKAN BAHASA JEPUN YAYASAN HAKUHO KE-13

Friday 09/06/2017



AsiaNet 68847

TOKYO, 9 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Yayasan Hakuho, sebuah yayasan berkepentingan awam yang diperbadankan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun, telah mula menerima permohonan pada 9 Jun untuk Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Hakuho ke-13.
 
Objektif:
Dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi asas-asas penyelidikan antarabangsa ke dalam dan mendalami pemahaman mengenai Jepun, Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Yayasan Hakuho mempelawa penyelidik antarabangsa yang terkemuka dalam bahasa Jepun, arahan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun dan budaya Jepun untuk menjalankan penyelidikan kediaman.
 
Penyelidikan yang layak:
Bahasa Jepun, pendidikan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun dan penyelidikan budaya Jepun
 
Penyelidik yang layak:
Penyelidik yang bekerja dalam bidang bahasa Jepun, pendidikan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun atau budaya Jepun yang tinggal di luar Jepun dan memenuhi kesemua kriteria di bawah.
- Bergabung dengan sebuah institusi pendidikan tinggi atau institusi penyelidikan (termasuk cendekiawan pascakedoktoran, profesor adjung dan pensyarah separuh masa), atau mempunyai latar belakang penyelidikan dan pendidikan yang setara.
- Cendekiawan atau penyelidik dengan memiliki ijazah doktor falsafah (termasuk yang akan diberikan pada atau sebelum 31 Disember, 2017) dan mempunyai latar belakang penyelidikan atau pendidikan yang luas.
- Mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang mencukupi untuk dapat menjalankan penyelidikan dalam bahasa Jepun.
- Warganegara bukan rakyat Jepun yang menetap di luar Jepun atau rakyat Jepun yang telah bermastautin di luar Jepun selama 10 tahun atau lebih dan aktif dalam komuniti akademik, dll. di negara tempat tinggal mereka.
- Dapat tinggal secara berterusan di Jepun semasa tempoh jangka masa Fellowship itu dan mengambil bahagian di dalam sesi pelaporan penyelidikan yang diuruskan oleh Yayasan itu
 
Nota:
- Permohonan tidak dialu-alukan daripada mereka yang mempunyai tujuan untuk menggunakannya bagi menulis sebuah tesis kedoktoran.
- Pemohon yang belum lagi menerima ijazah doktor falsafah mereka perlu mengemukakan pengesahan bertulis daripada penyelia mereka bahawa ijazah itu bakal diberikan pada atau sebelum 31 Disember, 2017.
- Memandangkan laporan penyelidikan dan perhubungan dengan sekretariat Fellowship mengenai pelbagai prosedur akan dijalankan dalam bahasa Jepun sahaja, satu tahap kesesuaian mengenai bahasa Jepun diperlukan.
- Mereka yang sebelum ini telah menerima sokongan untuk penyelidikan kediaman di Jepun boleh juga memohon.
 
Sokongan yang diberikan:
Fellow akan menerima perbelanjaan berikut yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan kediaman di Jepun.
- Tambang penerbangan: Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Elaun penempatan: 350,000 yen
- Perbelanjaan sara hidup dan penyelidikan: 350,000 yen sebulan
- Subsidi perumahan: sehingga 150,000 yen bagi setiap bulan
(Kos sebenar; tertakluk kepada peruntukan resit setiap bulan)
- Insurans penyakit dan kecederaan bagi pelawat antarabangsa
 
Di samping itu, Yayasan Hakuho akan membayar organisasi penerima dengan satu bayaran kerjasama sebagai tuan rumah untuk penggunaan kemudahan, dan lain-lain oleh Fellow berkenaan.
 
Tempoh Fellowship:
Pilihan berikut bagi tempoh jangka panjang (1 tahun) atau tempoh jangka pendek (6 bulan).
Jangka panjang (1 tahun): 1 September, 2018 - 31 Ogos, 2019
Jangka pendek (6 bulan): 1 September, 2018 - 28 Februari, 2019 (Pusingan 1) atau
                        1 Mac - 31 Ogos, 2019 (Pusingan 2)
 
Jadual
Tempoh permohonan: 9 Jun - 31 Oktober 2017
Pemberitahuan keputusan: Awal Mac 2018 (tentatif)
Tempoh Fellowship: 1 September, 2018 - 31 Ogos, 2019
(Jangka panjang: 1 tahun; jangka pendek: 6 bulan)
 
Garis Panduan Permohonan (muat turun daripada laman web berikut)
Laman Bahasa Jepun: http://www.hakuhofoundation.or.jp/program/tabid/153/Default.aspx
Laman Bahasa Inggeris:
http://www.hakuhofoundation.or.jp/english/program/tabid/196/Default.aspx
 
Maklumat mengenai Yayasan Hakuho
Yayasan Hakuho telah ditubuhkan pada tahun 1970 untuk menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Hakuhodo Inc. Ia diiktiraf dan telah beroperasi sebagai sebuah yayasan berkepentingan awam yang diperbadankan sejak April 2011, berikutan pengenalan peraturan baharu yang berkaitan dengan perbadanan berkepentingan awam.
 
Untuk memupuk sifat-sifat insan yang kaya di dalam kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan, Yayasan Hakuho menyokong pendidikan kanak-kanak, terutamanya dalam bidang bahasa dan budaya, melalui inisiatif seperti Anugerah Hakuho bagi pendidik kanak-kanak yang cemerlang, Geran Penyelidikan Hakuho bagi Pendidikan Kanak-kanak, Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Yayasan Hakuho dan Skim Hakuho untuk sebuah Rangkaian Bahasa Jepun Kanak-kanak Global.
 
URL: http://www.hakuhofoundation.or.jp/english/tabid/187/Default.aspx
 
SUMBER: Yayasan Hakuho
 
Hubungi:
Scott Macdonald
Sekretariat Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Yayasan Hakuho (d/a e-side, Inc.)
Tel: +81-3-6435-8140
Faks: +81-3-6435-8790
E-mel: ip-office@hakuhofoundation-ip.jp 

--BERNAMA
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.