ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SERANGAN PENGGANAS DI TEHRAN, 7 JUN 2017

Thursday 08/06/2017



PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Tehran pada Rabu, 7 Jun 2017, di makam Ayatollah Khomeini dan bangunan Parlimen Iran. Serangan ini meragut sekurang-kurangya 12 nyawa dan mencederakan ramai yang lain.  Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.
 
Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan.
 
Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Tehran ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.
 
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau situasi ini.
 
Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Kedutaan Besar Malaysia di Tehran adalah seperti berikut:
 
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran
No.25, 2nd Alley,
North Zarafshan St.,
Eyvanak Blvd, Phase 4,
Shahrak Qods, Tehran
Republik Islam Iran
         
Emel:  mwtehran@kln.gov.my
Tel: 00 98 21 8807 2444 / 
00 98 933 535 2606 (Selepas Waktu Pejabat)

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURBAITI BAKTHIR
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nurbaiti@kln.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.