ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  DR ZAID MEWAKILI MALAYSIA DALAM PENCARIAN SUARA BARU SAINS DI ARENA ANTARABANGSA

Wednesday 07/06/2017



KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- 31 penyampai sains dari pelbagai negara akan berkumpul di Cheltenham, United Kingdom untuk bertanding di Pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa 2017. Pertandingan ini dianjurkan dikalangan  ahli sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan tujuan mencari bakat baru yang dapat menarik minat masyarakat untuk melihat dunia dari perspektif berbeza. Setiap peserta akhir pertandingan berprestij ini merupakan juara kebangsaan FameLab negara masing-masing dan Dr Zaid Omar merupakan johan nasional yang akan mewakili Malaysia.

Dr Zaid telah mempamerkan kegigihan dalam mengharungi cabaran pertandingan ini. Beliau telah mengambil bahagian pada setiap tahun sejak ia mula dianjurkan di Malaysia pada 2015. Pada tahun ini, Dr Zaid telah dinobatkan Penyampai Sains Kebangsaan Terbaik, justeru mewakili Malaysia di Pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa  dengan persembahannya – The Rise of Superbrain Computing.
 
Topik tersebut selari dengan kepakaran Dr Zaid yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berharap dapat memanfaatkan potensi besar teknologi melalui penyelidikannya dalam bidang visi pengkomputeran dan kecerdasan buatan (artificial intelligence). Dr Zaid juga mempengerusikan Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik Muda (IEEE Young Professionals).
 
Para peserta pertandingan FameLab perlu membuat persembahan selama 3 minit tentang konsep sains yang mereka pilih. Peserta akan diadili berdasarkan 3 aspek utama iaitu kandungan, kejelasan dan karisma. Antara panel juri yang akan mengadili pertandingan akhir 2017 ini ialah Ellen Stofan (bekas Ketua Saintis di NASA), Jim Al-Khalili (ahli fizik teori, penulis dan penyampai), and Tim Slingsby (Pengarah Pendidikan dan Kebolehan di Lloyd’s Register Foundation).
 
Pada pertandingan akhir FameLab 2017 ini, Dr Zaid Omar akan bertanding melawan 30 peserta lain dari pelbagai negara untuk gelaran Penyampai Sains Terbaik Antarabangsa. Negara-negara yang turut bertanding adalah Australia, Azerbaijan, Brazil, Bulgaria, Cyprus, Czech Republic, Egypt, France, Germany, Greece, Hong Kong, Ireland, Italy, Korea, Kazakhstan, Latvia/Estonia, Malaysia, Malta, Netherlands, Poland, Portugal, Qatar, South Africa, Spain, Switzerland, Thailand, United Kingdom dan Vietnam sementara Mauritius, Uganda dan India akan diwakili untuk kali pertama di peringkat akhir ini.  
 
FameLab telah diadakan pada kali pertama pada tahun 2005 di Cheltenham Festival. Ia kemudian telah dianjurkan bersama dengan British Council pada 2007. Kerjasama tersebut telah berjaya melonjakkan pertandingan FameLab ini ke arena antarabangsa. Kini, FameLab telah melibatkan lebih 9000 saintis dan jurutera muda, 30 negara dan lebih 22 juta capaian media setiap tahun. Ini menjadikan FameLab salah satu antara pertandingan komunikasi sains terbesar di dunia.
 
Siri kesepuluh Pertandingan Akhir FameLab Antarabangsa ini akan diadakan pada 8 Jun 2017, pukul 8.30-10.30 malam waktu tempatan United Kingdom, di Parabola Arts Centre semasa Cheltenham Festival. Ia akan dipancarkan secara langsung dilaman Facebook Famelab International dan boleh ditonton dicapaian: www.facebook.com/FameLabInternational. 


ABOUT

Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT)
The Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) is a government implementation agency under the purview of the Prime Minister’s Department.  MIGHT plays a key role in developing Malaysia’s high technology for business through its role as a think-tank, private-public consensus building and business nurturing platforms. It is an organisation built on the strength of public-private partnership with more than 100 members, both local and international, from industry, government and academia. 
 
British Council Malaysia:
The British Council is the UK’s international organisation for cultural relations and educational opportunities. We create friendly knowledge and understanding between the people of the UK and other countries. Using the UK’s cultural resources we make a positive contribution to the countries we work with – changing lives by creating opportunities, building connections and engendering trust. We work with over 100 countries across the world in the fields of arts and culture, English language, education and civil society. Each year we reach over 20 million people face-to-face and more than 500 million people online, via broadcasts and publications.  

Sumber : Malaysian Industry-Government Group for High Technology

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fatin Asmida Asman
Eksekutif, Pengatur acara, media dan komunikasi MIGHT 

Tel : 03 – 8315 7938 / 012-549 6504  
Emel : asmida@might.org.my
MIGHT’s Official Website: www.might.org.my 
MIGHT’s Official Twitter Page: www.twitter.com/mightmalaysia MIGHT’s Official Facebook Page: www.facebook.com/mightmalaysia 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.