ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​VISTAJET MENCATAT PERTUMBUHAN EBITDA SEBANYAK 39% DENGAN KEPUTUSAN SUKU TAHUN PERTAMA 2017 YANG TEGUH

Monday 05/06/2017



VistaJet terus mendapat bahagian pasaran merentas semua pasaran
 
Selama 13 minggu hingga 31 Mac 2017:
  • Hasil penerbangan meningkat sebanyak 22% secara global dari tahun ke tahun.
  • EBITDA berkembang sebanyak 39% dari tahun ke tahun disebabkan hasil dan keberkesanan yang meningkat.
  • Jam Program baharu meningkatkan jualan sebanyak 79% pada suku tahun pertama 2017 berbanding dengan suku tahun pertama 2016.
  • Keahlian Program membentuk sebahagian besar jumlah jam penerbangan dalam Suku tahun 2017 sebanyak 55%.
 
LONDON, 5 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, iaitu satu-satunya syarikat penerbangan global yang pertama, hari ini telah mengumumkan satu lagi suku tahun yang memecah rekod, yang telah menunjukkan keupayaannya sekali lagi untuk memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar dengan saranan nilainya yang kukuh untuk risiko bebas aset dan capaian yang benar-benar bersifat global.
 
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9e3d1364-eb1f-4e73-aa64-4dbcecb3cf76
 
Syarikat ini telah mencatat pertumbuhan EBITDA sebanyak 39% dari tahun ke tahun berikutan kejayaan jualan suku tahun pertama serta hasil dan keberkesanan yang meningkat disebabkan oleh infrastruktur globalnya dan tumpuan berterusannya terhadap teknologi.
 
Keputusan syarikat untuk menambahkan kumpulan pesawatnya kepada lebih 70 pesawat berkedudukan global dan berjenama seiras terus menyokong pertumbuhannya, dan aliran penggunaan purata adalah positif dari bulan ke bulan dari bulan Januari 2017 hingga bulan Mac 2017.
 
Pada suku tahun yang biasanya paling lemah dalam industri penerbangan, VistaJet mencatat 22% pertumbuhan dalam hasil penerbangan dari tahun ke tahun. Sebahagian besar pertumbuhannya  adalah daripada bahagian Program VistaJet, dengan pelanggan yang sedia ada menggunakan dan menambahkan kontrak mereka serta pelanggan baharu yang memilih untuk melanggan perjanjian berbilang tahun. Jualan jam Program tahunan baharu meningkat sebanyak 79% dari tahun ke tahun, yang menunjukkan kedudukan syarikat sebagai satu-satunya alternatif kepada pemilikan penuh atau sebahagian pesawat dalam pasaran penerbangan peribadi. Pelanggan program berterbang lebih banyak jam pada suku tahun pertama berbanding dengan mana-mana jangka masa lain dalam sejarah VistaJet, dan ini membentuk sebanyak 55% daripada jumlah jam secara global dan meningkat daripada 53% berbanding dengan suku tahun yang sama pada tahun lalu.
 
Bahagian On Demand (Atas Pemintaan) juga berkembang dari tahun ke tahun, dengan hasil yang meningkat sebanyak 14% walaupun musim cuti hari Easter di luar suku tahun pertama tahun ini. Jumlah jam penerbangan Atas Permintaan kekal stabil dari tahun ke tahun manakala jam langsung meningkat mendadak sebanyak 4% disebabkan peningkatan dalam faktor feri yang memacu penurunan dalam jam penerbangan kosong. Pusingan perjalanan kosong telah menjadi cabaran untuk perniagaan penerbangan peribadi sekian lama, kerana syarikat yang mempunyai skala dan operasi yang kurang berkesan perlu menempatkan semula pesawat mereka untuk mengambil penumpang. Syarikat telah mengumumkan program ‘Ferry Free World’ untuk pelanggan Programnya baru-baru ini.
 
VistaJet terus mencatat pertumbuhan merentas seluruh dunia. Syarikat meningkatkan bahagian pasarannya, bukan sahaja di A.S dan Asia yang merupakan pasaran pertumbuhan sasaran utama, tetapi juga dalam pasaran yang lebih matang seperti di Eropah, Rusia dan CIS. VistaJet memperoleh peningkatan sebanyak 15% dari tahun ke tahun dalam jam penerbangan di Eropah yang mempamerkan bahawa syarikat terus memperlihatkan potensi pertumbuhan yang ketara dalam pasarannya yang sudah mantap.
 
Perniagaan A.S. kekal menjadi faktor pemacu dalam pertumbuhan jam penerbangan dan talian bekalan potensi VistaJet. Jam penerbangan di Amerika Utara meningkat sebanyak 54% dari tahun ke tahun. Syarikat juga menambahkan pangkalan pelanggan serantaunya dan bilangan pesawat yang ditempatkan di kawasan tersebut, yang membantunya mencapai pertumbuhan jam penerbangan sebanyak 43% juga di Amerika Tengah dan Selatan.
 
VistaJet menunjukkan prestasi cemerlang di Asia dan pelanggan Program dalam rantau itu membentuk 25% daripada jumlah jam yang dijual pada suku tahun pertama 2017. Hasil daripada keperluan penerbangan global dan capaian mereka, kebanyakan pelanggan Program individu korporat dan persendirian di Asia membuat lawatan menuju ke kawasan luar negara seperti ke Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara, lalu membantu syarikat memacu peningkatan dalam jam penerbangan global.
 
VistaJet akan terus berkembang dari segi jam dan hasilnya pada pesawat dan infrastuktur teknologinya yang mantap dan bersifat peneraju serta meningkatkan penggunaan, margin dan kekuatan kewangan syarikat. VistaJet, sebagai peneraju syarikat penerbangan peribadi global, masih terus mendapat manfaat daripada aliran pasaran yang tidak menginginkan pemilikan aset dan mendapatkan pelanggan baharu yang, sebelum ini, perlu memilih antara pemilikan penuh atau sebahagian pesawat dan penawaran carter yang tidak konsisten dan bermutu rendah.
 
Mengenai VistaJet 
 
VistaJet ialah satu-satunya syarikat penerbangan global yang pertama. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan peribadi ke 187 negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan untuk kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
 
Maklumat dan berita lanjut tentang VistaJet di vistajet.com.

Maklumat
 
Jennifer Tyler
VistaJet International
T: +44 203 617 3077
M: +44 7834 335505
jennifer.tyler@vistajet.com   
 
James Leviton
Finsbury
+44 207 251 3851
VistaJet@finsbury.com
 
SUMBER : VistaJet Ltd
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.