ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ISU TULAR CORONAVIRUS DALAM BUAH KURMA

Saturday 20/05/2017



KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial.
 
KKM telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.
 
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.
 
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
 
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.