ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  JEPUN ANJUR "DIALOG UNTUK INFRASTRUKTUR BERKUALITI - MEMBINA MASA HADAPAN ASIA"

Wednesday 17/05/2017

AsiaNet 68566

PHNOM PENH dan TOKYO, 17 Mei, 2017/Kyodo JBN/ --

Untuk merealisasikan pertumbuhan ekonomi mapan ASEAN, infrastruktur berkualiti yang tinggi di Jepun adalah sangat perlu dan penting. Dengan berlatarbelakangkan itu, Kerajaan Jepun pada 10 Mei telah menjadi tuan rumah kepada "Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti – Membina Masa Hadapan Asia" di Phnom Penh dan menarik perhatian kepada pihak-pihak berkepentingan di ASEAN bahawa Jepun akan komited sepenuhnya untuk menyokong rakan-rakan ASEAN, dan terus memainkan peranan penting mereka di rantau itu.

Walaupun acara itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta, perbincangan aktif telah diadakan mengenai jenis infrastruktur berkualiti yang diperlukan bagi pembangunan mapan ASEAN dan bagaimana Jepun boleh memainkan satu peranan yang penting.

Dalam ucapan pembukaan bagi pihak Kerajaan Jepun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Kemboja Tuan Yang Terutama Encik Hidehisa Horinouchi berkata Jepun akan terus menyumbang kepada kesalinghubungan di rantau ASEAN melalui bantuan pembangunan infrastruktur berkualiti serta pembangunan sumber manusia.

Wakil kerajaan Kemboja, Tuan Yang Terutama Encik Tauch Chankosal, Setiausaha Negara di Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, Kerajaan Kemboja, menyatakan bahawa pengalaman dari Jepun di dalam pembangunan infrastruktur di bidang pengangkutan dan logistik akan memberikan rujukan yang amat bernilai untuk membangunkan infrastruktur yang berkualiti tinggi.

Sebelum perbincangan itu, Yasuharu Funabashi, Timbalan Pengurus Besar bagi Pejabat Projek Strategik Jabatan Penyelidikan Industri di Bank Mizuho, membuat ucapan untuk menetapkan agenda pada hari itu. Beliau menegaskan infrastruktur berkualiti sebagai satu faktor utama untuk meningkatkan kesalinghubungan dan pertumbuhan berkualiti jangka panjang di rantau ASEAN, dan memperkenalkan empat perkara utama yang disokong oleh Kerajaan Jepun: Teknologi bagi Keperluan Tempatan, Penciptaan Bersama, Komitmen Jangka Panjang, Kitaran Hayat dan Kecekapan Ekonomi. Funabashi juga menjelaskan mengenai kes-kes duluan bagi pembangunan infrastruktur Jepun.
 
Bagi segmen dialog itu, ahli-ahli panel membincangkan bagaimana "infrastruktur yang berkualiti" boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi ASEAN yang mapan. Dipengerusikan oleh Kolumnis Nikkei Yasuhiko Ota, perbincangan meliputi isu-isu seperti hubungan serantau sebagai sebuah pemacu untuk pembangunan ekonomi dan sosial di ASEAN, infrastruktur yang berkualiti untuk pertumbuhan jangka panjang, dan kepentingan kerjasama di antara Jepun dan anggota-anggota ASEAN untuk merealisasikan pertumbuhan mapan ASEAN.

Pada akhir mesyuarat itu, peserta bersetuju dan membuat kesimpulan bahawa pembangunan infrastruktur antara wilayah di ASEAN adalah kunci untuk masa hadapan dan dengan itu sokongan Jepun adalah amat diperlukan di rantau itu.

"Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti -- Membina Masa Hadapan Asia" juga dirancang akan diadakan di Vietnam, Myanmar, Indonesia dan di negara lain.

Program
- Ucapan pembukaan oleh tuan rumah: Tuan Yang Terutama Encik Hidehisa Horinouchi, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Kemboja
- Ucapan oleh tetamu kehormat: Tuan Yang Terutama Encik Tauch Chankosal, Setiausaha Negara, Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, Kerajaan Kemboja
 
- Penetapan Agenda:
"Apakah perkara-perkara penting bagi pertumbuhan ekonomi ASEAN yang mapan?"
 
Ahli Panel
-- Yasuharu Funabashi, Timbalan Pengurus Besar, Pejabat Projek Strategik Jabatan Penyelidikan Industri, Bank Mizuho
 
- Dialog:
"Bagaimana harus ASEAN meneruskan dengan pembangunan infrastruktur bagi memperbaiki kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi yang mapan"

Ahli Panel
-- Encik Yasuharu Funabashi (Timbalan Pengurus Besar, Pejabat Projek Strategik
   Jabatan Penyelidikan Industri, Bank Mizuho)
-- Encik Don Lam (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vina Capital Group)
-- Dr. Penghuy Ngov (Pengarah dan Profesor Madya yang Ditetapkan, Kampus Satelit Kemboja, Institut Kampus Satelit Asia, Universiti Nagoya)
-- Encik Yuichi Sugano (Ketua Perwakilan, Pejabat JICA Kemboja)
-- Encik Aylwin Tan (Ketua Pegawai Penyelesaian Pelanggan, Ascendas-Singbridge Pte. Ltd.)
-- Encik Ken Tun (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Parami Energy Group)
 
Pemudah Cara
Yasuhiko Ota, Kolumnis, Nikkei
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami:
http://www.japan.go.jp/infrastructure/
 
 
Sumber: Pejabat Pentadbiran Dialog bagi Infrastruktur Berkualiti

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.