ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PAKAR-PAKAR DI DALAM NEGERI DAN DI LUAR NEGARA MENGHADIRI PUISI AIR JIANGSU DAN MENYAMPAIKAN PELANCONGAN HOLISTIK MELALUI FOTOGRAFI

Friday 12/05/2017



AsiaNet 68484

YANGZHOU, China, 12 Mei, 2017 /
Xinhua-AsiaNet/--
 
Puisi Air Jiangsu – Pertandingan Fotografi Antarabangsa Pelancongan Holistik Dilancarkan

Pada 4 Mei 2017, persidangan akhbar mengenai "Puisi Air Jiangsu – Pertandingan Fotografi Antarabangsa Pelancongan Holistik" telah diadakan di Yangzhou, Jiangsu. Pertandingan itu bergantung kepada platform semua media autoritatif dan pasukan komunikasi profesional Pusat Maklumat Berita Xinhua, dan media akhbar subordinat mereka, media tapak tangan, skrin luaran yang besar dan platform lain akan memberi tumpuan kepada Pertandingan itu dalam tempoh keseluruhan, agar dapat mencapai "komunikasi peringkat fenomena" bagi imej pelancongan Jiangsu.

Pertandingan ini mempunyai empat tumpuan. Pertama, perspektif antarabangsa. Pertandingan itu akan mengumpul hasil kerja fotografi dari seluruh pelusuk dunia. Kedua, pelancongan holistik. Pertandingan itu akan mengumpul hasil kerja fotografi dari seluruh dunia mengenai pemandangan pelancongan serantau, budaya rakyat, adat resam, kepakaran, perayaan pelancongan dan sebagainya di Jiangsu. Ketiga, perspektif pelbagai. Pertandingan itu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu kamera, telefon bimbit, dan UAV. Keempat, menjelajah jauh ke tempat-tempat yang indah. Lawatan ke tempat-tempat yang indah di 13 wilayah dan bandar raya perbandaran di Jiangsu yang dihadiri oleh jurugambar dari China dan dari luar negara telah dilancarkan pada pertengahan April.

Pertandingan itu akan menjemput barisan hakim yang mantap, dan beberapa pakar di dalam bidang fotografi, termasuk Benjamin Brink, Editor Kanan Gambar di Oregonian; Carlos Spottorno, seorang jurugambar rakyat Sepanyol; Zhu Xianmin, Penasihat bagi Persatuan Jurufoto China; Wang Dajun, Naib Pengerusi bagi Persatuan Jurugambar Jiangsu; ShenYao, Pengerusi bagi Persatuan Jurugambar Jiangsu, dan lain-lain akan bertindak sebagai hakim-hakim pada Pertandingan itu. Pertandingan itu akan berlangsung dari Mei hingga September 2017, dan anda boleh menyaksikan Pertandingan itu melalui laman web rasmi (www.shuiyunjiangsu.com) atau Wechat rasmi (Pelancongan Holistik Daya Tarikan Air Jiangsu). Hasil kerja yang memenangi anugerah akan dipamerkan di seluruh dunia, dan mungkin dipaparkan pada skrin besar di New York Times Square dan Galeri Agensi Berita Xinhua di Paris.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shuiyunjiangsu.com
atau hantar e-mel kepada wonderful_js@163.com
 
Sumber: Jawatankuasa bagi Puisi Air Jiangsu – Pertandingan Fotografi Antarabangsa Pelancongan Holistik

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.