ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LOGO DAN COGAN KATA BAHARU TOKYO UNTUK MEMPROMOSIKAN TOKYO SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN UTAMA

Monday 08/05/2017



AsiaNet 68395

TOKYO, 8 Mei, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Kerajaan Metropolitan Tokyo telah mencipta sebuah logo dan cogan kata baharu, "Tokyo Tokyo Lama bertemu Yang Baharu" (Tokyo yang pertama digambarkan di dalam sebuah fon strok berus dan yang kedua di dalam sebuah blok muka taip Gothik), untuk dengan berkesan mempamerkan daya tarikan Tokyo di luar negara. Logo ini akan digunakan di dalam pelbagai aktiviti promosi di luar negara.
 
(Logo:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100669/201704281371/_prw_PI1fl_fKAXxHxs.jpg)
 
 
Cogan kata: Tokyo Tokyo Lama bertemu Yang Baharu
 
Mesej itu yang diwakili oleh logo ini:
Satu reka bentuk yang memperlihatkan "Tokyo" di dalam dua fon yang berbeza untuk secara intuitif memberikan sebuah imej mengenai bandar raya itu. Strok berus mengenai Tokyo dan blok muka taip Gothik mengenai Tokyo melambangkan keaslian bandar raya itu, di mana tradisi sejak zaman Edo (1603-1867) wujud bersama-sama di samping budaya serba canggih pada hari ini.
 
Tradisi itu dizahirkan di dalam dakwat hitam, manakala Tokyo yang baharu itu dinyatakan di dalam warna biru, seperti langit yang mengapung ke hadapan untuk menzahirkan masa hadapan yang inovatif. Untuk memberikan sedikit keriangan, logo itu juga termasuk sebuah setem tradisional yang menunjukkan satu daripada mercu tanda terbaharu di Tokyo, persimpangan pejalan kaki Shibuya.
 
Contoh:
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100669/201704281371/_prw_PI2fl_dAJP187c.jpg)
 
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100669/201704281371/_prw_PI3fl_1spBrv97.jpg)
  
 
SUMBER: Biro bagi Hal Ehwal Perindustrian dan Pekerja, Kerajaan Metropolitan Tokyo
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.