ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Jun 22, 2024 -Sabtu

 
 
 

Selasa 11/06/2024

35 PRODUK REKAAN TEMPATAN TERIMA PENGIKTIRAFAN TERTINGGI REKABENTUK

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) agensi peneraju dan menyelaras aktiviti-aktiviti rekabentuk di Malaysia agar setanding di peringkat global telah memberi pengiktirafan tertinggi rekabentuk kepada produk rekaan tempatan menerusi penganjuran Malaysia Good Design Award (MGDA) 2023/2024.

MGDA merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia terhadap industri reka bentuk dalam usaha untuk menyokong produk-produk yang mempunyai kualiti dalam aspek reka bentuk serta menjadikanya sebagai kriteria yang penting dalam amalan penghasilan sesebuah produk. Selain itu, MGDA turut berperanan untuk meningkatkan reputasi syarikat menerusi jaminan kepercayaan dan keyakinan dalam jangka masa panjang.

Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award 2023/2024 ini akan disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berikut adalah maklumat mengenai acara berkenaan:

Hari/Tarikh: Rabu 12 Jun 2024

Masa: 7.30 - 11.00 malam

Tempat: Mesmera Ballroom, The Everly Putrajaya, Ballroom, 1, Jalan
Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sila klik di sini untuk ATUR CARA PROGRAM


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : SIRIM Berhad

Nama : Ariff Fahmy
Tel : 03-5544 6713 / 017-4637027
Emel: fahmy@sirim.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.