ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
 
 

Isnin 11/12/2023

JEMPUTAN MEDIA : PPZ-MAIWP TERIMA BAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DARIPADA 21 SYARIKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat PPZ-MAIWP 2023.

Pada majlis tersebut dianggarkan 21 buah syarikat di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.

Majlis akan disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar serta Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Hari/Tarikh : Rabu 13 Disember 2023

Masa : 11.30 pagi - 1.00 petang (Majlis bermula 12.00 tengah hari)

Tempat : Dewan Tun Dr Ismail A, World Trade Centre, Kuala Lumpur



PROGRAM

11.30 pagi : Ketibaan tetamu / VIP

12.00 tengah hari : Ketibaan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

12.05 tengah hari : Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

12.15 tengah hari : Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

12.20 tengah hari : Ucapan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

12.30 tengah hari : Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan

: Sesi Bergambar

1.00 petang : Jamuan Makan

1.30 petang : Majlis Tamat


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Nama : Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel : 017-393 5432

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.