ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
 
 

Khamis 07/12/2023

MAJLIS PERASMIAN MENARA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN MENARA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 12 Disember 2023

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2 50300 Kuala Lumpur


Atur cara

10.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

10.30 pagi : Ketibaan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Isteri

10.40 pagi : Ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Isteri

10.50 pagi : Ketibaan Isteri YAB Perdana Menteri

11.00 pagi : Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Sesi bergambar

MAJLIS BERMULA

Negaraku

Bacaan Doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Sembah Ucapan Menjunjung Kasih oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Persembahan Tayangan Montaj

Penyempurnaan Perasmian Menara MAIWP oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

- Gimik pelancaran Perasmian Menara MAIWP dan Sambutan 50 Tahun MAIWP
- Tandatangan plak perasmian


Majlis Santapan

Negaraku

Lawatan Menara MAIWP

Keberangkatan Meninggalkan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Haniff Bin Salim
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Tel: 013-3837707
E-mel: haniff@maiwp.gov.my

Nama: Siti Noor Nazlia Binti Nordin
Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Korporat
Tel: 0149812188
E-mel: nazlia@maiwp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.