ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Selasa 16/05/2023

Program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) Wilayah Selatan

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) ingin menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) Wilayah Selatan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 22 Mei 2023

Masa: 9.00 pagi-5.30 petang

Tempat: Medini 6, Medini Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri, Johor

https://goo.gl/maps/kedtFU34eb2vcrp88

Agenda

8.30 pagi : Pendaftaran peserta-peserta

9.00 pagi : Ucapan alu-aluan Ketua Eksekutif MTDC

Ucapan alu-aluan Wakil Rakan Strategik

9.40 pagi : Lawatan ke tapak pameran

Sidang media

Mengenai Program MTDC Road2Growth 2023 (R2G)
Program MTDC Road2Growth 2023 (R2G) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan objektif untuk memberi penerangan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MTDC iaitu program latihan usahawan teknologi di MTDC Technopreneur Training Academy (TENTRA), ruang operasi di pusat teknologi MTDC serta pelbagai khidmat tambah nilai (value-added services) dan nasihat perniagaan (business advisory). Di samping itu, peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan penyedia solusi Revolusi Industri 4.0 di MTDC Centre of 9 Pillars®(Co9P®).

Program R2G yang dibuka secara percuma ini adalah platform terbaik untuk mencari peluang perniagaan dan menjalin kerjasama baru dengan berbagai pihak iaitu pemain industri, universiti, institut pengajian tinggi dan agensi kerajaan atau swasta yang memerlukan bimbingan dalam mengadaptasikan teknologi, terutama berkaitan Revolusi Industri 4.0 dalam perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mtdc.com.my/r2g2023/


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Alvirah Mohd Natt
Naib Presiden, Komunikasi Korporat
Tel: 017 212 2802
Emel: alvirah@mtdc.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.