|
|
|
|
|
|
Khamis 24/11/2022
PPZ-MAIWP LANCAR KEMPEN YEZ, SERU MASYARAKAT ISLAM SEGERA TUNAI ZAKAT SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 bagi menyeru masyarakat Islam untuk segera menunaikan zakat sebelum 31 Disember 2022.
Turut diadakan serahan bayaran zakat perniagaan dan sumbangan bakul rezeki kepada asnaf kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Majlis akan disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan.
Hari/Tarikh : Sabtu 26 November 2022
Masa : 11.30 pagi (majlis bermula 12 tengah hari)
Tempat : Sub-Court AEON AU2, Setiawangsa
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 - 393 5432
Nama: Puan Nur Izzati
Tel: 011 - 1192 1956
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|