ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 07/11/2022

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN INISIATIF BAJET 2022 & PERASMIAN JELAJAH HALAL MALAYSIA 2022 SARAWAK

Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Sarawak (MINTRED) & Majlis Islam Sarawak (MIS) akan menganjurkan program Jelajah Halal Malaysia 2022 - Sarawak di Kuching dari 8 hingga 10 November 2022.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran Halal kepada masyarakat setempat dan para usahawan di negeri Sarawak di samping menggalakkan penglibatan pemain industri Halal dari pelbagai sektor seperti Makanan dan Minuman, Bahan Ramuan serta Pelancongan.

Acara Perasmian Jelajah Halal Malaysia 2022 - Sarawak ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-Undang, Perjanjian Malaysia dan Hubungan Negeri-Persekutuan bagi mewakili Y.A.B Premier Sarawak dan turut dihadiri oleh YBhg Datuk Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha , Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta YBrs. Encik Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pengawai Eksekutif, HDC.

Warga media dijemput hadir membuat liputan di majlis perasmian seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 8 November 2022

Masa : 9.00 pagi (Pendaftaran) hingga 12.00 tengahari (Sidang Media)

Tempat : Dewan Majma' Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Kompleks Islam Sarawak (KIS), Kuching, Sarawak


Jemputan ini disediakan oleh Halal Development Corporation Berhad (HDC).

Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu negara dan ekosistem Halal secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Juga sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); perbadanan pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di - www.hdcglobal.com.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Halal Development Corporation Berhad (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norsida Ahmad
Komunikasi Korporat HDC
Tel : +6012 324 9703
Emel : norsida.ahmad@hdcglobal.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.